Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenapa POS Malaysia tiba-tiba rugi besar sejak PH menang? -Najib



Berita utama di media Kerajaan memberitakan Pos Malaysia kononnya telah diselamatkan oleh keputusan kerajaan PH membenarkan syarikat itu menaikkan kadar tarif pos bulan depan.

Perkara ini telah menghairankan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak. Beliau mempersoal kenapa langkah PH membenarkan kadar tarif pos dinaikkan dikatakan sebagai menyelamatkan syarikat itu.



Ketika PH menjadi pembangkang, mereka amat memprotes sebarang kenaikan harga. Mereka seringkali garang memperjuangkan nasib rakyat yang akan terkesan dengan pelbagai kenaikan harga barang waima 1 sen pun.

"Kenaikan (tarif pos) ini bukan sedikit. Dilaporkan bahawa kenaikkan tarif ini adalah antara 30% hingga 210% pada tahun 2020 dan dinaikkan lagi 50% pada tahun 2021." katanya merujuk berita dari The Star.

"Sebab itu, saya tertanya-tanya kenapa Pos Malaysia tiba-tiba rugi besar sejak PH menang sehingga perlu "diselamatkan"?.



"Dalam tempoh 2009 hingga 2017 saya PM, POS Malaysia tidak pernah melaporkan kerugian. Tahun 2016, Pos Malaysia keuntungan selepas cukai ialah RM63.1 juta. Tahun 2017, keuntungan naik ke RM84.1 juta."

"Tahun 2018 pula selepas PH menang, Pos Malaysia umum kerugian selepas cukai sebanyak RM165.8 juta. Setakat separuh tahun pertama 2019 pula, Pos masih mencatat kerugian sebanyak RM44.4 juta."



"Sudah tentu saya bimbang jika Pos Malaysia (yang telah diswastakan oleh PM ke-4) dalam bahaya sehingga pekerja-pekerja mereka terjejas."

"Tetapi saya tertanya-tanya juga jika kerajaan ada cara lain untuk selamatkan Pos Malaysia tanpa kenaikan tarif yang begitu tinggi itu."

"Sebab pihak sebenar yang akhirnya selamatkan Pos Malaysia adalah Rakyat melalui bayaran tarif lebih tinggi - bukan kerajaan PH."



"Tahun depan bukan senang untuk Rakyat kerana banyak lagi tarif, caj dan cukai berlainan telah dinaikkan oleh kerajaan PH."

"Kini tarif pos dinaikkan berganda pula untuk "selamatkan" Pos Malaysia yang sebelum ini tidak perlu diselamatkan pun." ujar DS Najib di Facebook beliau.

Posting tersebut  mendapat lebih 8700 sukaan.

LINK: terus ke posting Najib

-Tun Carlos