Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan bangga harga sawit naik, tapi hakikatnya pendapatan peneroka berkurang



Hari ini 19 Disember 2019, nampak ramai pemimpin dan penyokong Kerajaan berkongsi tentang kenaikan harga pasaran sawit.

Kononnya naik kerana gara-gara kempen Menteri promosi minum sesudu minyak sawit sehingga banyak negara-negara luar termasuk China membeli sawit kita.

Semalam 18 Disember 2019, ASB umumkan dividen paling teruk dalam sejarah. Hanya 5.5%.

Oleh itu mereka bising kenapa rakyat asyik kritik Kerajaan tentang dividen ASB, kenapa tak bangkitkan isu kenaikan harga sawit yang dah naik.

Mungkin mereka tak tahu yang harga sawit naik sebab sekarang musim tengkujuh. Banyak tempat banjir.




Dalam berita televisyen, setiap hari cerita tentang banjir.

Bila hujan dan banjir, banyak kebun dan hasil tak boleh ambil.

Kalau yang boleh ambil pun, buah banyak rosak, tandan busuk dan buah lerai.

Waktu musim tengkujuh sudah tentu pengeluaran kurang. Selalu kilang naikkan harga tan. Ada juga kilang yang main harga.

Hakikatnya hasil peneroka/petani tetap sama atau lebih kurang dari pendapatan sebelum ini.



Ada juga yang tiada pendapatan langsung sebab kebun dinaiki air.

Patut Kerajaan PH fokus tentang nasib petani/peneroka sawit di musim tengkujuh ni.

Bukan bersorak, bongkak dan bodoh sombong dikala mereka tengah kesusahan.

-Tun Carlos