Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ketika perbicaraan SRC berjalan, Sithambaram tanya tentang coklat anak Najib yang hilang



Ketika perbicaraan pagi tadi, pihak pendakwaan tidak berpuas hati apabila Bekas Perdana Mneteri DS Najib Razak mendakwa bahawa beliau tidak pasti akan baki wang di dalam akaun beliau.

Najib mendakwa beliau mempunyai "account Manager" yang menguruskan akaun banknya. Tetapi Timbalan Pendakwa V. Sithambaran dilihat tidak bersetuju dengan jawapan tersebut.

Sehinggalah Sithambaran mencadangkan bahawa Najib adalah seorang yang sangat cermat sehingga boleh sedar ada coklat yang hilang semasa polis menyerbu rumahnya beberapa bulan yang sudah..



Sithambaram: Datuk Seri, anda seorang yang cermat dengan wang atau dana kerajaan.

Najib: Saya tidak begitu beri perhatian.

Sithambaram: Saya tidak bermaksud untuk tidak hormat, tetapi saya keliru. Saya masih ingat apabila polis melakukan beberapa serbuan di rumah anda, anda mengadu bahawa ada coklat hilang?

Najib: Anak perempuan saya yang mengadu.

Sithambaram: Jadi anda telah mengeluarkan siaran akhbar(tetapi) itu bukan coklat anda?

Najib: Bukan saya punya.

Sithambaram: Saya merasa sukar untuk percaya bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan agak tidak jelas tentang akaun kewangannya?

Najib: Anda boleh tanya setiausaha peribadi saya yang menguruskan akaun peribadi saya.

Perrbicaraan ditangguh kerana Sithambaran memberi alasan demam.

-Tun Carlos