Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Khalid Samad bersyukur dapat rasmikan lif


Harini ini, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad telah berjaya merasmikan lif di flat Rumah Pangsa Danau Kota, Setapak  Kuala Lumpur.

Sebanyak 10 unit lif telah dipasang dengan kos sebanyak RM4.6 juta yang telah diluluskan oleh Kementeriannya melalui DBKL.

Kehadiran Menteri disambut meriah dengan paluan kompang.




"Allhamdulillah, berkesempatan menyempurnakan perasmian 10 unit lift Rumah Pangsa Danau Kota Setapak Kuala Lumpur."ujarnya di Facebook.



"Sebanyak RM4.6juta telah diluluskan oleh pihak KWP melalui DBKL bagi kerja-kerja pemasangan lif. Dengan adanya lif ini, diharapkan dapat melicinkan dan melancarkan perjalanan harian para penghuni di sini." ujar Khalid



Turut menghadiri majlis perasmian tersebut adalah Ahli Parlimen Wangsa Maju YB Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

-Tun Carlos