Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

KL Summit adalah kesempatan baik untuk tangani diskriminasi minoriti syiah


Presiden Iran, Hassan Rouhani berada di Kuala Lumpur menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Turut bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani.

Kumpulan hak asasi Suaram menyambut baik penyertaan Presiden Iran, Hassan Rouhani pada Sidang Kemuncak KL, mengatakan kehadiran pemimpin dari negara majoriti Syiah kesempatan baik untuk menangani diskriminasi terhadap minoriti Syiah di Malaysia.



“Ahli komuniti Syiah di Malaysia mesti penuh harapan melihat presiden Iran berkongsi pentas dengan perdana menteri Malaysia dan menyampaikan ucapan yang menekankan perpaduan dan toleransi, bukannya diskriminasi dan penindasan di dunia Islam,” kata penasihat Suaram, Kua Kia Soong.

Kua berkata terdapat kebimbangan Malaysia semakin menjadi negara Islam yang tidak bertoleransi susulan tindakan keras pihak berkuasa terhadap komuniti Syiah.

Syiah merupakan fahaman kedua terbesar dalam Islam tetapi dilabel sesat oleh pihak berkuasa Malaysia, yang pernah menyerbu acara-acara tertutup pengikut-pengikutnya.



Pada 1996, satu fatwa dikeluarkan yang mengisytiharkan Syiah sebagai sesat.

Kua berharap Sidang Kemuncak KL akan membincangkan isu hak-hak orang Islam Syiah.

Beliau berkata pengikut Syiah berdepan tangkapan walaupun perlembagaan menjamin kebebasan beragama.

Kua menarik perhatian kepada kes kehilangan Amri Che Mat, seorang aktivis Perlis yang rumahnya diserbu pihak berkuasa negeri kerana kecenderungannya terhadap Syiah.