KL Summit jadi medan sindir OIC dan Arab Saudi
KL Summit 2019 membuka tirainya pada 18 Disember 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam ucapannya menyindir mengkritik pertubuhan yang sepatutnya menjaga kebajikan negara-negara Islam.
Walaupun tidak menyebut secara terang-terangan nama pertubuhan itu, semua orang tahu beliau menuju kritikannya ke arah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.
Senada dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Erdogan berkata, pertubuhan berkenaan hanya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan beberapa negara tertentu, tanpa mengambil kira tekanan dan permasalahan yang dialami negara Islam yang kurang bernasib baik.
“Kita masih tidak melihat sebarang kemajuan mengenai nasib rakyat Palestin, kita masih gagal menghentikan eksploitasi ke atas sumber kita, dan kita masih gagal mengatakan ‘sudah’ kepada perpecahan yang berlaku dalam Islam ekoran perbezaan mazhab. Itulah sebabnya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sewaktu pembukaan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019), di sini.
Bagi Presiden Erdogan, sidang ini boleh dijadikan platform untuk negara Islam bercakap tentang pelbagai isu dari pertelingkahan dalam sehingga konflik antara mazhab dan etnik.
-Tun Carlos