KUALA LUMPUR: Lebih 50 pemimpin negara yang dijemput, hanya 3 pemimpin negara sahaja yang disahkan hadir iaitu Presiden Turki, Presiden Iran, dan Emir Qatar yang sidang kemuncak Kuala Lumpur, KL Summit.
Semalam, Malaysia dimalukan apabila PM Pakistan membatalkan kehadiran beliau walaupun menurut Tun Mahathir, Pakistan mahu membina kilang Proton di sana.
Hari ini Malaysia malu besar apabila banyak media Arab melaporkan sejak kelmarin mengatakan bahawa Dr. Mahathir Mohamad gagal tarik pemimpin dunia Islam ke persidangan tersebut.
1. Suka tidak suka, mahu tidak mahu, kita kena akui yang Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 ini adalah satu persidangan syok sendiri dan membazirkan wang rakyat.
2. Ianya bukan persidangan yang mahu memfokuskan mengenai permasalahan umat Islam, sebaliknya persidangan untuk menaikkan nama aktor politik tertentu di peringkat antarabangsa.
3. Dalam mana-mana persidangan dunia, pada kebiasaanya, negara yang mahu menjadi tuan rumah akan menggunakan organisasi antarabangsa sebagai 'tiket' untuk menarik minat pemimpin negara asing bagi menghadiri persidangan berkenaan.
4. Sepertimana yang Raja Salman katakan kepada pemimpin negara, seharusnya Kuala Lumpur menggunakan platform organisasi antarabangsa seperti Organisasi Kerjasama Islam Antarabangsa (OIC) sebagai medium pembincangan hal-hal berkaitan urusan Islam.
5. Malah bagi yang mengkaji hubungan antarabangsa, kita akan dapati Arab Saudi sendiri menggunakan pengaruhnya dalam OIC untuk memanggil negara-negara lain untuk hadir ke persidangan antarabangsa atau sidang kemuncak khas yang dirasakan perlu bagi membincangkan hal-hal berkaitan kepentingan negara-negara Islam. Lihat sahaja Riyadh Summit 2017. Ianya melibatkan panggilan ahli-ahli dari negara Kesatuan Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC), Arab Legue (Liga Arab) dan Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC.)
6. Lebih memalukan lagi apabila dari 50 jemputan negara yang dihantar, kurang dari 5 pemimpin negara yang mana hanya 3 sahaja yang disahkan hadir iaitu Presiden Turki, Presiden Iran, dan Emir Qatar yang akan hadir dalam sidang kemuncak berkenaan.
7. Pihak yang menasihati Perdana Menteri pun nampaknya gagal dalam memandu kepimpinan negara dalam merangka dasar luar Malaysia.
8. Mungkin mendapat menteri yang kuat menipu sama ada dari aspek janji politik mahupun kelulusan akademik, ternyata dasar luar Malaysia cacamarba.
9. Baik pegawai di Wisma Putra mahupun di Pejabat Perdana Menteri, nampaknya mereka gagal dalam menasihati Perdana Menteri bagi mengatur strategi politik yang berkesan dalam memujuk pemimpin luar menyertai sidang kemuncak Kuala Lumpur ini.
10. Kegagalan mendapatkan persetujuan Raja Salman, malah diberikan nasihat oleh Raja Salman berhubung kaedah dalam melaksanakan sidang kemuncak antarabangsa ini cukup menjadi tamparan yang besar buat dasar luar kerajaan PH pada hari ini.
11. Merasa diri cukup hebat, namun gagal melihat kelemahan diri menjadikan sidang kemuncak Kuala Lumpur ini sekadar mesyuarat kosong semata-mata dan syok sendiri.
12. Dengan jemputan yang mencecah hampir 50 buah negara, namun ketua negara yang hadir ke sidang kemuncak berkenaan tak sampai 5 orang, cukup membuktikan persidangan ini adalah persidangan yang gagal.
13. Akhir kalam, sidang kemuncak Kuala Lumpur 2019 ini tidak lain dan tidak bukan usaha dari aktor politik tertentu yang hanya mahu menempatkan dirinya sebagai "pejuang Islam" setelah kegagalan mendapatkan pengaruh ketika penganjuran Kongres Melayu di Stadium Melawati baru-baru ini.
oleh: Pena Minang