Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Krisis UMNO: Anina minta Hishamuddin diberi peluang membela diri


Menurut Presiden Empirical Malaysia Anina Saadudin, siasatan ke atas salah laku Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein oleh lembaga disiplin parti UMNO adalah tanda aras ketelusan UMNO dalam menegakkan keadilan dan kebenaran.

Hishamuddin didakwa telah berkomplot dengan Tun Mahathir untuk menarik seberapa ramai Ahli Parlimen BN untuk menyertai PPBM.



"Media seluruh Malaysia pada 1 September 2019 melaporkan Lembaga Disiplin Umno sedang menjalankan siasatan keatas bekas naib presiden itu atas aduan salah laku."

"Pengerusi Lembaga itu Mohamed Apandi Ali yang mengesahkan siasatan tersebut berkata perincian mengenainya akan dimaklumkan apabila siasatan selesai."



"Semalam 26 Disember 2019 adalah tarikh akhir untuk Hishamuddin menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin UMNO tetapi beliau tidak lakukannya."ujar Anina.

"Malah, pertemuan Hishamuddin bersama Lembaga Disiplin UMNO juga dilaporkan ditunda. Jika ditunda, UMNO pasti umumkan tarikhnya secepat mungkin."



"Selepas PRU14, rakyat melihat UMNO akan hancur, namun perjuangan membela rakyat terutamanya oleh Dato Seri Najib telah menarik sokongan berbondong-bondong orang Melayu kembali kepada UMNO."

"Prinsip perjuangan tersebut adalah berani kerana benar dan keadilan adalah untuk semua. Rakyat mahu semua pemimpin UMNO yang tidak bermanafaat DI GUGURKAN dari paparan media."

"Rakyat mahu melihat UMNO yang berani menegakkan keadilan dan telus kepada rakyat. Tiada lagi "warlord" dalam UMNO. Tiada lagi cytro upahan untuk membela warlord yang tiada sumbangan jasa melainkan wang. Tiada lagi siapa kawan kepada siapa."



"Kini UMNO bernafas segar dengan perjuangan rentak berani, sopan dan telus berfakta oleh Dato Seri Najib, Dato Seri Zahid Hamidi, Tok Mat dan semua barisan kepimpinan termasuk sayap dan pemimpin akar umbi.

"Kini rakyat marah kepada Tun Mahathir dan sekutunya. Bukan hanya marah, malah rakyat benci kerana Tun Mahathir menggunakan undang-undang dan kuasa sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik."



"Akhirnya Muafakat Nasional berjaya memenangi 4 PRK berturut-turut, malah di Tanjung Piai BN menang dengan undi majoriti 15,086."

"Rakyat beri undi kepada BN kerana rakyat benci politik kotor PH yang hancing! Rakyat beri undi kepada BN kerana rakyat benci penipuan dan ketidakadilan. Itu mesej dari rakyat!

"Dari itu saya berharap UMNO akan segera mengumumkan tarikh perbicaraan kes salah laku Hishamudin yang akan datang.



"Hishamuddin tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Berikan peluang kepada Hishamuddin untuk membela dirinya."

"UMNO perlu buktikan BN bukan seperti PH yang membatalkan pendakwaan ke atas Guan Eng di mahkamah. Tiada sesiapa yang kebal di dalam UMNO dan tiada tempat untuk pengecut di dalam UMNO. Itu rakyat mahu lihat dalam UMNO." ujar Anina di Facebook beliau.

-Tun Carlos