Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Krisis UMNO: Tun Faisal minta Ahli Majlis Tertinggi UMNO selesaikan masalah segera



Bekas Pengarah Komunikasi Strategik JASA, Tun Faisal Ismail Aziz menggesa kesemua Ahli Majlis Tertinggi UMNO mnyelesaikan masalah mereka sesama sendiri dengan segera.

"Presiden adalah institusi dan dipilih melalui pemilihan parti, jadi kena dihormati, lebih2 lagi oleh setiap ahli MKT, Pengerusi2 Badan Perhubungan dan Ketua2 Bahagian yang ada saluran langsung dengan Presiden.




"Mana2 ahli UMNO baik Presiden, Timbalan Presiden, Ahli MKT, KB, TKB, NKB, AJK Bahagian dan ahli2 biasa & bersekutu, tertakluk kepada Perlembagaan, Undang2 dan Peraturan, dan Tata Etika parti. Jika berlaku pelanggaran disiplin, baik oleh ahli MKT, bekas Naib Presiden, Ketua Bahagian atau ahli biasa, semua wajar dikenakan tindakan mengikut prosedur dan peraturan parti.

"Jawatan Kuasa Disiplin perlu mengambil tindakan untuk membicarakan dan mengadili setiap pihak yang didakwa melanggar disiplin parti secara bebas, tanpa berpihak dan pilih kasih, tanpa dipengaruhi mana2 pemimpin parti.



"Disiplin parti tak boleh dilihat hanya terpakai untuk ahli biasa parti tapi bukan untuk pemimpin kanan parti, ahli MKT termasuk yang memegang jawatan Ahli Parlimen atau bekas Presiden atau bekas Timbalan Presiden atau bekas Naib Presiden.

"Ahli MKT perlu menyelesaikan masalah sesama mereka dengan segera dan tidak memberi mesej yang berbeza dan mengelirukan kepada ahli2 di peringkat akar umbi.

"Kalau ahli MKT tak mampu menyelesaikan masalah sesama mereka dengan tertib dan baik, maka, wajarlah mereka mengundur diri secara terhormat agar mereka terlepas dari sebaran bebanan dan tuduhan serta kepempimpinan dan integriti mereka tidak dipersoalkan.

"Kami di bawah dah selesai, penat menunggu anda semua yang tak selesai-selesai."ujar Tun Faisal di Facebook.

LINK: ke posting Facebook Tun Faisal

-Tun Carlos