Lebih 2000 bekas pejuang berhimpun desak Kerajaan hapuskan ideologi komunis
Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) beserta 10 lagi Persatuan Pesara Polis dan Tentera telah hadir di Padang Merbok Kuala Lumpur,
Perhimpunan ini dihadiri lebih dari 2000 bekas pesara. Turut hadir memberi sokongan adalah bekas Ketua Polis Negara iaitu Yang Berbahagia Tun Hanif Omar dan Tan Sri Musa Hassan.
Himpunan ini amat berjaya sekali kerana berjaya menarik ramai bekas-bekas pesara Polis dan Pegawai-pegawai Kanan Polis dan bekas Tentera datang dari seluruh negeri di Malaysia.
Ini adalah mesej jelas kepada Kerajaan hari ini yang dilihat terlalu berlembut dengan penularan-penularan semula ideologi komunis.
Negara baru-baru ini digemparkan apabila abu mayat pengganas Ketua Komunis Chin Peng telah berjaya diseludup masuk ke tanah air. Perkara ini telah menjadi kemarahan kempada semua rakyat Malaysia terutama bekas pejuang-pejuang negara yang pernah melawan pengganas komunis.
Tidak cukup dengan itu, setelah perasaan mereka diguris, ada pihak yang sengaja mengadakan lagi persidangan untuk mengenang kembali era Komunis dan Perjanjian Bangkok.
Perkara ini tidak pernah belaku ketika kerajaan lama. Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri juga dilihat tidak serius untuk mendakwa kumpulan yang sengaja mahu mengenang dan meghidupkan semula ideologi komunis kepada generasi muda.
-Tun Carlos