Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lebih baik promosi agenda Kerajaan dari tayang muka Menteri



Wartawan veteran A Kadir Jasin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd hari ini mengkritik Menteri-Menteri supaya lebih utamakan promosi agenda-agenda kerajaan daripada asyik suka tayang muka sendiri.

Kritikan ini diluahkan beliau di Facebook sebagai mengulas langkah ahli pimpinan tertinggi Bersatu yang menaikkan papan tanda memaparkan gambar masing-masing.



Mengiringi hantaran di media sosial Kadir itu ialah lampiran gambar papan iklan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun.

Pautan A. Kadir Jasin di Facebook beliau.

"Lebih baik promosi agenda kerajaan daripada muka-muka menteri.

"Lebih baik menonjolkan orang yang mengambil bahagian dalam agenda kerajaan daripada menteri-menteri yang bergaya didepan jurugambar.



"Kerajaan adalah untuk rakyat dan bukan untuk menteri-menteri membina kultus keperibadian atau pegawai kerajaan yang cuba mendapat keuntungan dari kedua belah pihak," kata Kadir dalam hantarannya hari ini.

Beliau menambah kerajaan wajar menggalakkan egalitarianisme (fahaman bahawa semua orang adalah sama rata, dan perlu mendapat hak dan peluang yang sama), kemanusiaan dan kerendahan hati, bukannya birokrasi dan feudalisme.



Papan iklan yang memaparkan Maszlee turut mendapat perhatian bekas perdana menteri, Najib Razak, beberapa hari lalu.

-Tun Carlos