Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Kerajaan lucuthak harta UMNO Kedah, Habib Jewel



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kerajaan untuk melucutkan hak harta wang Umno Kedah dan syarikat Habib Jewels Sdn Bhd sebanyak RM1.15 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati wang terbabit bukan daripada hasil pengubahan wang haram.


Pada 21 Jun lalu SPRM telah memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.



Ia merupakan permohonan pelucuthakan terbesar dalam sejarah negara. Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya yang dikaitkan dengan lantikan politik itu berkata wang tersebut diagihkan kepada penerima daripada akaun peribadi bekas Perdana Menteri Najib Razak di AmBank.

Sementara itu, bagi kes yang melibatkan Habib Jewels, Nazlan berkata wang yang diterima oleh syarikat itu untuk pembelian barang kemas dilakukan dengan niat baik dalam urusan biasa perniagaan responden.



"Saya juga berpuas hati bahawa tidak ada alasan bagi responden untuk mempercayai bahawa bayaran yang mereka terima daripada Najib merupakan hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.

-Tun Carlos