Mangsa roboh Langkawi hairan, wang pampasan Tun M yang akan bayar bukan pemaju.
Labels:
rumah roboh langkawi
LANGKAWI, rata-rata penduduk di Kampung Pasir Berdengung di Padang Mat Sirat berasa amat terkilan bila mereka dianggap sebagai penceroboh.
Mereka adalah penduduk asal di Langkawi. Mereka bukan warga asing yang menceroboh langkawi dengan secara haram.
Mereka juga tidak faham kenapa anak jati Langkawi yang berbangsa Melayu Islam kini dianggap sebagai penceroboh dah harus dihalau tanpa apa-apa rundingan yang bersepadu anatara kedua-dua belah pihak.
Mereka sedar tanah yang mereka tinggal sejak sekian lama adalah tanah rizab kerajaan negeri. Tapi kini mereka dianggap seperti penjenayah yang menceroboh di kawasan tersebut.
"Saya dah tinggal di sini sejak tahun 90-an, kenapa masa itu datuk saya mereka tak anggap sebagai penceroboh?"ujar seorang penduduk yang rumahnya turut dirobohkan.
Mereka juga dituduh mengaut keuntungan daripada homestay yang mereka bina di atas tanah tersebut. Padahal pendapatan mereka tidaklah seberapa jika dicampur dengan pendapatan sebagai nelayan dan ada yang berniaga kecil-kecilan.
Rata-rata penduduk disitu hanyalah bekerja sebagai nelayan dan pemandu teksi.
Berbeza pula pendapat penyokong-penyokong Tun Mahathir yang juga ahli Parlimen di Langkawi. Mereka beranggapan isu panas di pantai Pasir Berdengung, Padang Mat Sirat Langkawi tidak wajar diperbesarkan dan dipolitikkan.
Menurut penyokong Tun Mahathir terutama ahli PPBM Langkawi, sejak 2014 dan 2016 lagi notis amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk kosongkan kawasan tersebut.
Mereka juga mendakwa para nelayan dan penduduk di kawasan yang dirobohkan tersebut bukannya terdiri dari orang susah.
Mereka menyokong tindakan penguakuatkuasa kerana dapat menghalang penduduk di situ daripada terus menidakkan hak golongan orang Langkawi yang kurang berkemampuan.
Tetapi apabila ada wakil dari Buy Muslim First (BMF) Media TV berjumpa sendiri mangsa-mangsa perobohan di sana, ceritanya adalah amat berbeza sekali. Mereka mendakwa Wakil Rakyat mereka langsung tidak membantu mereka. Wakil rakyat, YB Johari Bulat hanya cakap dia tak mampu buat apa-apa saja.
Johari berjanji akan memberi pampasan sebanyak RM5000. Tapi hingga ke hari ini penduduk masihh belum menerima apa-apa.
Paling menghairankan, pihak Pejabat tanah mahupun wakil rakyat langsung tidak mahu memberitahu projek apa yang mahu dibuat disitu sehingga terpaksa dirobohkan rumah mereka dengan segera.
Jika perobohan itu digunakan sebagai alasan untuk halang penduduk di situ dari terus menidakkan hak golongan miskin lain di Langkawi, YB Johari tidak pula memberi tahu bahawa kawasan itu akan dibangunkan projek perumahan rakyat miskin.
Pihak pejabat tanah juga mengelak untuk memberitahu siapakah pemaju yang telah membeli tanah terbabit. Dengan ini adalah senang untuk penduduk berurusan mengenai wang pampasan.
Paling menghairankan penduduk difahamkan oleh Wakil Rakyat yang wang pampasan berjumlah RM5000 itu akan dibayar menggunakan duit poket Tun Mahathir sendiri, bukan dibayar oleh pihak pemaju.
Adakah itu projek milik Mahathir juga? Wallahuaklam.
-Tun Carlos