Masjid Jln York: Pelajar tahfiz pernah dihalau dan penemuan 3 menara Telco
Berbaju hitam adalah Pengerusi Jawatankuasa Masjid |
Isu penutupan Masjid JalanYork Pualau Pinang ketika waktu subuh yang viral semalam rupanya telah membawa kepada satu penemuan yang amat mendukacitakan.
Malam tadi ketika beberapa wakil dari NGO pergi ke sana untuk menunaikan solat Isyak, mereka berjaya bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Masjid tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid memberitahu alasan penutupan pada jam 9.30 malam sehingga 9.30 pagi mulai 1 Jan 2020 adalah kerana pada waktu Subuh tidak ada orang yang datang solat.
BACA: Tak boleh lagi solat Subuh di Masjid Jln York
Penjelasan Pengerusi itu telah mendapat bantahan dari beberapa wakil qariah masjid tersebut. Menurut wakil qariah, setiap subuh memang sentiasa akan ada orang datang untuk solat subuh.
Semalam Majlis Agama Islam P.Pinang telah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Masjid untuk menjelaskan perkara itu.
Menurut Majlis Agama Islam P.Pinang dalam siaran media semalam, setiap masjid perlu dibuka pada setiap waktu solat.
Setelah selama lebih 1 jam di perkarangan masjid tersebut, NGO di situ mendapati banyak perkara yang mendukacitakan telah berlaku di dalam masjid itu.
Masjid tersebut tidak diselenggara dengan elok. Karpet berdebu, aircond tidak pernah digunakan ketika waktu solat. Menurut qariah, aircond yang diwaqafkan untuk masjid itu hanya digunakan ketika Jawatan Kuasa Masjid bermesyuarat sahaja.
Paling menyedihkan ada juga kisah seramai 50 orang pelajar tahfiz yang belajar agama di dalam masjid tersebut telah dihalau dari situ. Ketika di situ,pelajar tahfiz tidak boleh solat di ruang utama solat pada waktu Subuh kerana dikunci. Mereka terpaksa solat di kaki lima masjid.
Sekarang tempat tinggal pelajar dan guru tahfiz telah ditinggalkan kosong dan terbiar.
Lebih mengejutan apabila NGO bertanya kepada pengerusi berapa pendapatan masjid itu dalam masa sebulan, Pengerusi berkata dia tidak tahu.
Padahal di dalam masjid tersebut ada 3 menara telco yang sudah tentu syarikat telco itu membayar sewa tapak kepada pihak pengurusan Masjid.
NGO yang hadir telah membuat keputusan untuk meminta AJK Masjid dan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam P.Pinang bertanggungjawab dalam isu ini.
Laporan polis dan SPRM akan dibuat.
Sumber: Muhsin Latheef FB Live
-Tun Carlos