Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Maszlee dukung sendiri OKU ke pusat pemindahan banjir



SIMPANG RENGGAM -Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini memuat naik video berdurasi 35 saat yang menunjukkan beliau sedang mendukung mangsa banjir yang juga orang kurang upaya (OKU) ke pusat pemindahan di Kampung Melayu Bukit Nyamuk.

Menurut Maszlee, tiada siapa yang mampu mengangkat gadis OKU tersebut. Gadis berusia 23 tahun yang dipanggil Icha itu tinggal bersama kedua ibu bapanya yang sudah tua di sebuah rumah terpencil di kampung berkenaan.

Maszlee berkata, beliau menemui sebuah rumah terpencil yang sedang dinaiki air banjir dan bila dieriksa, beliau mendapati rumah itu didiami tiga beranak termasuk anak OKU terbabit.



"Dengan hujan yang tidak langsung berhenti dari pagi sampai tengahari, saya fikir lebih elok kiranya kami terus membantu memindahkan mereka bertiga ke pusat pemindahan.

"Tambahan pula, tiada siapa yang boleh mengangkat Icha. Ibu bapanya tidak lagi kuat.

"Kami kosongkan kereta dan muatkan keluarga tersebut. Kemudian terus bergerak ke pusat pemindahan banjir di Masjid Kampung Melayu Bukit Nyamuk," ujar Maszlee di Tweeternya.



Beliau juga turut mendoakan keselamatan dan kebajikan mangsa lebih terjaga ketika berada di pusat pemindahan itu nanti.

Peristiwa Maszlee mendukung OKU itu juga telah dirakam oleh kamera tanpa dirancang, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Betul, tak percaya tanya Wardina.

- Tun Carlos