Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mazlan Aliman dedah hutang FELDA mencecah RM8 billion, belum diselesaikan PH



Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mazlan Aliman, ketika ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional AMANAH 2019 di sini, secara tidak sengaja mendedahkan bahawa hutang FELDA kini sudah mencecah angka RM8 bilion.

Beliau berkata isu FGV sebelum ini yang memusnahkan pentadbiran Barisan Nasional (BN). Menurut Mazlan lagi, sokongan dan undi peneroka FELDA menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu selepas PH memenangi 19 kerusi di kawasan FELDA.




Pakatan Harapan telah meletakkan janji manifesto mereka untuk menghapuskan semua hutang FELDA sebagai janji yang paling utama ketika kempen PRU14 yang lalu.

Tapi sehingga kini hutang FELDA masih belum selesai, dan peneroka pula menjadi semakin susah kerana kejatuhan harga sawit setelah polisi dankarenah Kerajaan PH yang membuatkan pelabur tidak berminat untuk membeli sawit dari Malaysia.




Pada konvensyen tersebut, Mazlan Aliman langsung tidak menyebut mengenai janji yang pernah beliau canangkan kepada peneroka FELDA, sebaliknya beliau sebok mengenai isu pengambil alihan FGV.

Beliau mendakwa ahli Perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary didakwa mendalangi usaha terancang untuk mengambil alih kepentingan dalam Felda Global Venture (FGV) Holdings Berhad ketika ini.

“Maaf, sampai hari ini kerajaan belum membuat apa-apa keputusan mengenainya, sehinggalah muncul, saya terpaksa sebut dalam majlis ini.
“Saya terpaksa sebut pihak ketiga itu. Ini maklumat yang diberikan kepada saya, pihak ketiga itu adalah Syed Mokhtar Al-Bukhary,” katanya.




Mazlan yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata, esok Lembaga Pengarah FELDA akan menemui Dr Mahathir bagi berbincang mengenai pengambilalihan dalam FGV.

Justeru, katanya, beliau merayu kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir tidak membenarkan pengambilalihan itu selain mengembalikan tanah FGV kepada FELDA.