Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MB Selangor kata gangguan air terkawal, tapi lain pula kata penduduk terjejas



Masuk hari ini hampir 3 hari penduduk di beberapa kawasan di Selangor terputus bekalan air. Tetapi menurut Menteri Besar Selangor, gangguan air masih berada dalam keadaan terkawal, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Sebanyak 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah terjejas.

Katanya, jumlah gangguan air yang berlaku pada tahun ini masih terkawal dan adalah sama dengan tahun-tahun sebelum ini, serta tidak seburuk yang disangka.

"Sebenarnya kejadian gangguan air ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini, tetapi mungkin pada tahun ini ia diberi laporan meluas media tempatan, jadi ramai ingat kejadian gangguan pada tahun ini sebagai kerap.



Tetapi amat berbeza sekali dengan apa yang sedang dialami oleh penduduk yang terjejas. Rata-rata mereka berasa kesal dengan kenyataan Menteri Besar.

Menurut penduduk, ada antara mereka terpaksa mengambil air di kawasan rehat RnR. Ada juga yang terpaksa menadah air di paip tepi-tepi jalan.

Lori air yang datang pun kadang-kadang jam 12 malam baru sampai. Ramai penduduk yang tinggal di flat tinggi mengalami kesulitan apabila terpaksa naik turun untuk mengambil air.

"Yang terkawal tu mungkin air di rumah Menteri Besar agaknya" komen seorang penduduk terjejas.

Di bawah adalah screenshoot komen-komen penduduk Bangi di dalam group FB Bandar Baru Bangi Community Official. Harap Menteri Besar ambil tindakan segera!

















-Tun Carlos