Media Prima buang lebih ramai pekerja kerana ekonomi tidak baik -Najib
Media Prima Bhd dijangka akan memaklumkan pekerja-pekerjanya mengenai perberhentian tugas pada Isnin ini. Menurut sumber, syarikat itu telah pun mengenalpasti beberapa staff yang layak untuk diberhentikan.
Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak juga turut memberi respon mengenai perkara ini.
Menurut status terbaru beliau di Facebook, Najib mendedahkan keadaan ekonomi negara yang semakin teruk di bawah Kerajaan baru adalah punca kenapa makin banyak syarikat gergasi terpaksa mengambil keputusan untuk kecilkan kos operasi dan memberhentikan pekerja.
Beliau juga menyelar Kerajaan baru kerana terlalu pentingkan kroni daripada kebajikan rakyat.
"Saya difahamkan banyak syarikat dah ada perancangan. Tahun depan kurangkan pekerja."
"Malangnya Putrajaya hanya pentingkan kroni, rakyat terus diabaikan." ujar Najib di Facebook.
Pada bulan Julai 2019 lalu, setelah UMNO terpaksa menjual 11.09% saham dalam Media Prima kepada Tan Sri Syed Mokhtar AL Bukhary.
Syed Mokhtar adalah seorang billionaire yang sangat rapat dengan Tun Mahathir. Kerajaan PH harapkan setelah pengambilalihan tersebut Media Prima tidak akan jadi lidah UMNO lagi seterusnya berubah wajah dan terus kembali gemilang.
Tetapi pada 1 November lalu, Media Prima mengumumkan satu penstrukturan semula yang akan berlangsung sehingga suku pertama tahun 2020.
Isnin ini kita akan mengetahui siapa yang akan pergi dan siapa yang akan tinggal. Khabar angin mengatakan syarikat itu mahu memberhentikan seramai 1,500 pekerja.
Sumber lain berkata Media Prima sedang berusaha mengurangkan separuh jumlah editorial di News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.
Bagaimanapun, desas desus kuat mengatakan staff penyiaran di Sri Pentas akan lebih ramai diberhentikan. -Tun Carlos