KUALA LUMPUR, Jumaat– Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ketika awal Subuh telah memanjatkan Doa kepada Allah dan berkata beliau reda dengan ujian yang menimpa dirinya, isterinya dan keluarganya ketika ini.
Najib mendakwa tuduhan bahawa beliau mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya sebagai fitnah yang cukup dahsyat dan berat.
Beliau berdoa sebagaimana doa yang diucapkan oleh Saad bin Abi Waqqas terhadap mereka yang telah memfitnah, berdusta dan cuba menganiaya dirinya.
Saad bin Abi Waqqas adalah sorang sahabat Rasulullah yang merupakan pemilik doa yang mustajab. Ketika Saad berhadapan fitnah, beliau hanya mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umur penfitnahnya, hidup dalam kefakiran dan balikkan fitnah ke atasnya sehingga mati.
Doa Saad dimakbulkan Allah, orang yang menfitnahnya hidup sehingga lebih 100 tahun dan setiap hari kerjanya mengacau perempuan di depan pasar.
Najib dijadual akan melakukan sumpah laknat berkaitan tuduhan mengarah pembunuhan Altantuya di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat hari ini.
Berikut adalah teks doa yang dipanjatkan Najib dan dikongsi di Facebook beliau yang boleh juga dijadikan arujukan kepada kita semua:
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh
Salam di pagi penghulu segala hari, Jumaat yang barakah.
Selamat menunaikan fardhu Subuh.
Sesungguhnya, segala puji bagi Allah. Kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan dan ampunan-Nya.
Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami. Dan dari kejahatan amal perbuatan kami.
Barangsiapa yang Allah berikan petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya.
Dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepadanya.
Dan aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Dia-lah Yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.
Hari ini, hamba-Mu yang dhaif ini tampil memohon keampunan dari-Mu Ya Allah, dari segala dosa dan dari segala maksiat yang telah aku lakukan di sepanjang kehidupanku dan selama pemerintahan pentadbiran yang telah Engkau takdirkan buatku.
Demi Allah Azza Wa Jalla,Yang mengetahui semua yang ghaib dan yang nampak, Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi, Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui segala sesuatu.
Tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah, Pemilik singgasana yang Agung.
Tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah, Pemilik langit dan bumi, dan Pemilik singgasana yang mulia.
Wahai tuhan yang menguasai alam.
Aku redha dengan ujian serta pertuduhan yang sedang aku hadapi ini dengan kesabaran dan ketabahan. Aku akan terus tabah menghadapi demi membersihkan diriku.
Aku redha dengan ujian apabila isteri dan anak-anak ku dihina oleh mereka dengan kesabaran yang Engkau berikan.
Aku terima kekejaman mereka menggunakan agensi-agensi kerajaan seperti SPRM dan LHDN terhadap diriku. Ya, mereka berkuasa. Tapi aku lebih percaya dengan kekuasaan Mu.
Namun, ya tuhan, fitnah yang kononnya aku mengarah membunuh seorang wanita warga asing adalah tuduhan yang cukup berat buat diriku.
Demi Tuhan yang diriku dalam genggaman-Nya dan Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggamanMu.
Ya Allah! Aku berdoa sebagaimana doa yang diucapkan oleh Saad bin Abi Waqqas terhadap mereka yang telah memfitnah, berdusta dan cuba menganiaya diriku,
Ya Allah Azza wa Jalla, jika mereka itu berdusta, berdiri kerana riya’ atau sum’ah, maka panjangkanlah umurnya, jadikan kehidupan mereka dalam kefakirannya dan hadapkanlah dia kepada fitnah dan pembalasan-Mu Ya Allah.
Ya Allah! Sekiranya aku tidak bersalah dan tuduhan mereka itu ternyata dusta, sesungguhnya azab Mu amat berat sekali.
Ya Allah bersempena dengan hari Jumaat di saat Engkau berjanji akan segala doa diperkenankan ini, aku memohon agar diperkenankan doa hamba-Mu yang dizalimi.
Amin ya robbal Alamin
link: posting FB Najib
-Tun Carlos