Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib gelar Kit Siang "Atok segala berita palsu"



Dato Seri Najib Razak hari ini menggelar Lim Kit Siang sebagai "Atok segala berita palsu". Ini adalah kerana Kit Siang adalah figura politik yang terkenal dengan artikel fitnah ke atas musuh politiknya.

Najib turut menyindir penulisan terbaru Lim Kit Siang mengenai tajuk "tiga ancaman terbesar yang menyebabkan kepupusan manusia".


Najib meminta penjelasan kenapa Kit Siang senaraikan CyberTrooper sebagai salah satu dari ancaman tersebut?

DS Najib menulis seperti berikut di Facebooknya:




"Semalam, grandfather segala fake news, Lim Kit Siang telah membuat kenyataan bahawa terdapat tiga ancaman terbesar yang mungkin menyebabkan kepupusan manusia.

1. Bom Nuklear
2. Perubahan iklim
3. CyberTrooper (yang dia gelar information warrior)

"Kalau begitu, kenapa pulak DAP mahu mengupah "penulis media sosial" dengan gaji sehingga RM5,000 sebulan untuk menyebar lagi banyak "fake news"?"



"Minta penjelasan Kit Siang."soal Najib.

Pada 4 Disember yang lalu, Tony Pua akui parti DAP sedang mengiklankan jawatan kosong untuk "penulis media sosial " mereka di Jobstreet. Perkara ini telah menjadi perbualan hangat di media sosial.

-Tun Carlos