Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib Razak dakwa Pengerusi PTPTN berlumba jadi "Raja Lawak"


Semalam bercakap dalam satu wawancara di ASTRO,  Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan telah mengumumkan bahawa Kerajaan PH telah berjaya melaksanakan janji manifesto PTPTN mereka.

Menurutnya daripada 4 janji tersebut, mereka telah berjaya selesaikan 3 daripadanya. Ini menurutnya  telah membuktikan bahawa PH benar-benar ikhlas untuk memenuhi janji mereka.



Hari ini, bekas Perdana Menteri, DS Najib telah memberi respon beliau terhadap kenyataan Wan Saiful. Beliau menganggap Wan Saiful dan juga Menteri-Menteri PH yang lain berlumba-lumba untuk menjadi Maharaja Lawak.

Berikut adalah posting Najib di Facebook:



Dalam PH mungkin ada pertandingan Maharaja Lawak. Kalau tidak tak mungkin macam ini. Seolah-olah semua tengah berlumba nak jadi juara.

Hello.

1. PTPTN masa BN memang dah FREE untuk pelajar cemerlang ya. Ia dinamakan "Pengecualian Bayaran Balik" bagi graduan ijazah kelas pertama.

2. Awal tahun 2018, saya mempunyai perancangan untuk memberi pengecualian bayaran balik kepada graduan dengan ijazah kelas kedua (atas).



Masa itu, saya telah minta pegawai-pegawai pejabat saya untuk buat kajian awal mengenai insentif PTPTN baru ini. Saya juga yakin ia dapat dilaksanakan mulai Bajet 2019.

Saya pernah tulis mengenai ini : BACA
Sejak PH jadi kerajaan, apa yang PH buat untuk ringankan beban pelajar?



3. PTPTN masa BN ada diskaun pembayaran balik sehingga 20 peratus. Masa PH?

Bila nak bagi pendidikan percuma? Mansuh PTPTN? Tapi tidak apa, kita berikanlah dia sedikit kasih sayang. Tepuklah untuk dia.

Posting Najib mendapat lebih 18 ribu sukaan dan lebih dari 1 ribu kongsian

LINK: posting FB Najib

-Tun Carlos