Najib seru ahli dan pemimpin UMNO bersatu gegarkan Putrajaya untuk rakyat
Pada ucapan sambutan tahun baru 2020 semalam, bekas Perdana Menteri DS Najib Razak menyeru semua ahli-ahli akar umbi dan pemimpin UMNO bersatu hati berjuang bersama-sama rakyat bagi menjatuhkan Pakatan Harapan yang menyusahkan rakyat.
"Saya menyeru kepada semua ahli parti pembangkang dari akar umbi ke peringkat kepimpinan marilah kita bersama-sama tunjukkan dan yakinkan rakyat bahawa walaupun kita telah menjadi pembangkang, kita berbeza dan kita adalah pembangkang yang lebih berwibawa."
"Kita mampu memberi penyelesaian dasar dan halatuju yang lebih baik daripada PH.
"Ya benar, ada yang mengeluh pada saya bahawa amat sukar kehidupan setelah menjadi pembangkang. Ditambah pula ada yang ditekan ditindas diganggu oleh kerajaan PH dengan sumber dan kuasa yang mereka ada.
"Ya benar, kita dah tidak ada apa-apa lagi hari ini. Kita hanya ada sehelai sepinggang pakaian di tubuh. Tetapi PH kena ingat kita memiliki hati dan semangat yang membara. Kita tetap ada kekuatan yang diberikan oleh rakyat.
"Beranikanlah diri. We have nothing to lose. Rakyat mahu kita memnjadi pembangkang yang berkesan dan menjadi suara rakyat yang kian diabaikan oleh kerajaan PH.
"Bayangkan jika berjuta ahli dan penyokong pembangkang yang kita ada ini. Setiap orang bersuara di media sosial dan turun padang mendekati rakyat sudah tentu isi hati rakyat akan kedengaran. Bergegar dan tidak aman Putrajaya."
"Bangkitlah wahai rakan rakan seperjuanganku. Bahu-membahu kita berjuang bersama rakyat Malaysia." ujar Najib.
-Tun Carlos