Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Neelofa nekad ke Indonesia setelah tinggalkan Meletop

gambar: MalaysiaKini


Untuk berjaya, seseorang individu harus berani mengambil risiko selain berusaha keluar dari zon selesa agar potensi diri tidak terbantut, kata pengacara popular Neelofa.

Menurutnya, bagi memperoleh pengalaman baru, seseorang individu digalakkan untuk berpindah tempat kerja berbanding berkhidmat dengan sesebuah syarikat terlalu lama.



“Kalau kekal di suatu tempat untuk tempoh terlalu lama kerjaya anda tidak akan berkembang,” katanya.

Bagaimanapun, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor itu berkata, individu berkenaan perlu bersiap-siaga dengan segala kemungkinan termasuk dihimpit perasaan bimbang.
Iklan



“Takut tu sebenarnya bagus, ia supaya anda lebih berhati-hati dan makin kerja keras. Tapi jika berani ambil risiko dan keluar dari zon selesa, insya-Allah anda akan berjaya,” katanya.

Neelofa, 30, sendiri pernah melalui pengalaman itu apabila dia nekad mengumumkan untuk mengundur diri daripada mengacarakan meleTOP baru-baru ini.

Untuk rekod, dia mengemudi program itu secara selesa bersama Nabil Ahmad selama tujuh tahun.



Demi meluaskan kerjayanya dan merasai pengalaman baru, Neelofa berkata, dia sanggup berhijrah ke Indonesia dan meluangkan masa untuk mempelajari bahasa dari negara berkenaan.

“Saya akan mula belajar bahasa Indonesia dengan mengambil tutor untuk tempoh sekurang-kurang sebulan, bagi lembutkan lidah. Harap tiada masalah kerana bahasa mereka lebih kurang bahasa kita,” katanya.



Pun begitu, dalam membuat keputusannya, Neelofa mengaku banyak perkara yang sudah dikecapi di negara asal kelahirannya harus “dikorbankan” demi mencapai perspektif baru.

“Jika seseorang artis dari Indonesia misalnya ingin mencari peluang di Malaysia, mereka juga perlu sering muncul di televisyen, baru secara perlahan-lahan bakat akan dikenali ramai.

“Tu yang saya perlu korbankan, iaitu dari segi masa dan kehidupan,” katanya tanpa mengulas lanjut.



Selain itu, katanya, dia juga perlu berdepan pelbagai kesukaran antaranya bersaing dengan bakat tempatan dari negara berkenaan.

“Apa pun, saya kena cabar diri sendiri, pada permulaan mungkin akan menjadi sukar terutama saya kena faham bahasa, pemikiran dan gaya hidup mereka.

“Tapi saya percaya mampu mengatasi cabaran itu nanti kerana saya ada kisah untuk diceritakan serta profil di sini sudah cukup kuat untuk memudahkan mereka menerima diri saya di sana,” katanya.



Neelofa antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Pengasas dan Pengarah NH Prima International Sdn Bhd, itu tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

Dia juga memenangi Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco pada Oktober lalu. Neelofa dipilih untuk menerima anugerah itu kerana pencapaiannya sepanjang tahun 2018. - MalaysiaKini