Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pencapaian Kerajaan tidak memuaskan dan perbalahan dalaman masih berterusan -Muhyiddin



Ketika disoal wartawan di Putrajaya hari ini, Muhyiddin mengakui meskipun kerajaan telah memulakan banyak inisiatif untuk kebajikan rakyat dan menyediakan peluang pekerjaan, mereka masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Perbalahan antara dua pemimpin PKR juga masih berterusan setelah kongres nasional PKR menutup tirainya hujung minggu lalu.

"Saya tidak mahu petik pemimpin mana. Sebaik mungkin lupakan sengketa, cari jalan terbaik, wujudkan kerjasama (dan) perpaduan yang boleh bantu kita melaksanakan amanah rakyat dengan lebih berkesan," katanya.



Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya pemberita berkenaan pergeseran antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali.

"Mereka nak lihat kerja kita bukan sengketa sesama sendiri," katanya lagi.

Ketika ditanya berkenaan siasatan analisis forensik terhadap video seks yang mengaitkan Azmin, Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri berkata setakat ini pihaknya belum mendapat sebarang laporan dari pihak polis.




"Saya tak dapat lagi laporan terkini. Kena tanya IGP (ketua polis negara)," katanya.

Ditanya kemungkinan adakah pihak berkuasa boleh mendapatkan jawapan sebelum akhir tahun ini, Muhyiddin berkata: "Tidak kiralah hujung tahun atau awal tahun 2020 pun."