Peniaga online yang menggunakan Facebook Ads akan dikenakan cukai 6%
Berita buruk buat peniaga-peniaga online. Facebook mengumumkan mereka terpaksa mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% bermula 1 Januari 2020 untuk servis Facebook Ads (FB Ads).
Berdasarkan notis yang dimuat naik oleh Facebook menyatakan bahawa ia membabitkan peniaga online yang mempunyai alamat di negara ini.
Pelaksanaan caj cukai berkenaan sejajar dengan pengenalan cukai digital yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini.
Cukai perkhidmatan ini akan ditambah setiap kali peniaga online atau pengguna servis FB Ads dicaj bagi iklan yang dibeli dan ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu untuk tujuan syarikat atau peribadi.
Pembayaran cukai kepada Facebook dibuat melalui kaedah manual dan cukai akan dikenakan apabila servis iklan tamat.
Contohnya, jika pengguna membayar RM100 untuk iklan Facebook, maka jumlah yang akan dipotong dari akaun debit/kredit setelah iklan tamat adalah berjumlah RM106.
Harap semua peniaga-peniaga online bersabar dan bertabah. -Tun Carlos