Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penutup 2019: Bursa Malaysia catat rekod pasaran saham paling teruk di dunia


Pada hari terakhir sebeum beberapa jam saja lagi ke tahun 2020, Bursa Malaysia berjaya mengekalkan rekod sebagai pasaran saham paling corot dalam dunia setelah indeks jatuh teruk hari ini ke 1,588 mata.

Dalam tempoh dua minggu yang lepas, tabung-tabung pelaburan kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk menaikkan indeks kita ke atas paras 1,600 supaya kerajaan PH tak nampak teruk sangat pada tahun 2019.




Tapi tidak berjaya kerana pelabur-pelabur asing banyak melarikan diri dari Bursa Malaysia setelah mengetahui keadaan politik Malaysia yang semakin parah dan tidak stabil.

Tahun 2018 selepas Pakatan Harapan menang Pilihanraya ke 14, pasaran saham kita jatuh teruk. Jatuh dari setinggi 1,896 (sebelum PRU14)  ke 1,690 mata.

Tahun 2019, pasaran saham bertambah teruk. Indeks jatuh lagi ke 1,588 mata.


Malaysia adalah antara satu-satunya pasaran saham yang mengalami kejatuhan pada tahun 2019.





Negara-negara lain semua naik, termasuk Hong Kong, yang dah lama mengalami masalah rusuhan hampir tiap-tiap hari tahun ini.

Bayangkan, Malaysia lebih teruk dari Hong Kong. Teruk beb.

-Tun Carlos