Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Perhimpunan Bantah JAWI dibatalkan, Polis melarang semua pihak hadir



Mahkamah Kajang memerintahkan agar Dong Zong tidak meneruskan persidangan bantahan tulisan jawi di Kolej New Era, Kajang, 28 Disember Sabtu ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya telah memohon dan mendapat perintah mahkamah pada pukul 3 petang, Jumaat.



"Perintah ini telah diserahkan kepada pihak Dong Zong pada pukul 5 petang, hari yang sama.

"Justeru pihak polis menyeru semua pihak terlibat dan orang ramai untuk tidak hadir ke persidangan tersebut atau mana-mana perhimpunan yang dianjurkan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan dan Pertubuhan untuk protes persidangan berkenaan.


"Terdapat banyak laporan polis dibuat seluruh negara berhubung persidangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.



Baru-baru ini, Dong Jiao Zong dilapor menggesa pertubuhan Cina lain di negara ini mendaftar untuk menghadiri kongres berkenaan yang dijadual berlangsung di Kolej New Era di Kajang, kononnya untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular.

Perhimpunan itu juga tidak mendapat persetujuan oleh Perdana Menteri yang menganggap ia akan mencetuskan pergaduhan kaum.



Pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin politik pembangkang seperti UMNO dan PAS juga telah membuat laporan polis dan menggesa Perdana Menteri memberi tekanan dan membatalkan program ini.

Pada minggu lepas, Perdana Menteri Tun Mahathir juga telah menggelarkan Pertubuhan Dong Zong ini sebagai pertubuhan yang rasis di dalam satu temubual media.



Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata bagi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan awam pihak polis telah memohon perintah ini atas dasar mengelakkan gangguan dan mencetus kegusaran orang ramai daerah Kajang.

"Pihak polis menyeru semua pihak agar menghormati undang-undang dan perintah mahkamah ini dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat individu atau pihak enggan mematuhinya," jelas beliau. -Tun Carlos