Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Perlis kekal pendirian benarkan wanita 16 tahun berkahwin


PERLIS kekal dengan pendirian menetapkan had umur perkahwinan 16 tahun ke atas bagi perempuan manakala 18 tahun ke atas bagi lelaki,  kata pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais.

Beliau berkata, meskipun begitu, kelonggaran diberikan kepada mana-mana pasangan di bawah umur yang ditetapkan yang mendapat kebenaran secara bertulis daripada hakim syarie mahkamah syariah.



k
“Berdasarkan Seksyen 8, Enakmen Keluarga Islam 2006, tiada suatu perkahwinan boleh diakad nikah di bawah enakmen ini jika lelaki itu kurang daripada 18 tahun atau perempuan 16 tahun, kecuali jika hakim syarie memberi kebenaran bertulis dalam hal tertentu,” katanya ketika ditemui selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu garis panduan khusus berkaitan perkahwinan telah dikuatkuasakan khususnya di Mahkamah Syariah yang mesti dipatuhi, iaitu oleh hakim syarie semasa pendengaran kebenaran nikah bawah umur melalui garis panduan seragam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).



“Sebarang usaha untuk meminda undang-undang berkaitan hal ehwal agama Islam di Perlis perlu diluluskan oleh mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dipengerusikan oleh Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan diperkenankan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai ketua agama Islam negeri.

“Justeru, semua pihak perlu menghormati ketetapan yang telah diambil oleh Raja Pemerintah negeri ini (Perlis) bagi memastikan keharmonian yang terjalin dapat dikekalkan,” katanya.

Ruzaini berkata, hal ehwal pentadbiran agama Islam negeri ini adalah di bawah kuasa mutlak raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. -Bernama