Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PERUTUSAN TAHUN 2020: Malaysia gagal jadi negara maju, tapi harga sawit naik



Dalam perutusan tahun baru 2020 oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tadi, beliau mengaku bahawa negara Malaysia masih belum berjaya mencapai taraf negara Maju seperti yang disasarkannya pada waktu dahulu.

Beliau seperti menyalahkan Kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) kerana telah menyebabkan kegagalan mencapai status negara maju pada tahun 2020.



"Negara kita belum menjadi negara maju kerana masalah yang berlaku sejak beberapa tahun sebelum ini. Oleh itu Kerajaan telah membuat sasaran terbaru iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030."

Walaupun gagal mencapai sasaran, Tun Mahathir berbangga kerana harga sawit telah naik dan mampu membuatkan peneroka mendapat pendapatan yang lebih. Beliau menasihatkan peneroka agar berhati-hati kerana harga yang tinggi ini tidak akan selalu kekal.



Beliau juga berbangga dengan penganjuran KL Summit. Katanya Kl summit telah membuka mata rakyat kepada beberapa perkara.

Tun Mahathir mengajak rakyat bersama-sama kerajaan untuk memajukan negara dan diri sendiri.



Menurutnya walaupun belum mencapai negara baru, beliau berkata Malaysia boleh memiliki ciri-ciri negara maju jika rakyat rajin, berdisiplin, jaga kebersihan, bertolak ansur, hormat menghormati, berbudi bahasa, dan berjiwa besar.

"Ciri-ciri inilah yang membeza kita dari mereka yang tidak maju dan mundur"

"Ayuh kita raikan persamaan dan pinggirkan perbezaan." ujar beliau mengakhiri perutusan tahun baru 2020.

-Tun Carlos