Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PH terpaksa naikkan Cukai Taksiran tahun depan kerana kerana BN tak naikkan


AMPANG: Lagi berita buruk buat seluruh rakyat untuk tahun 2020. Cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara akan dinaikkan bermula tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, kenaikan itu dibuat sempena tahun penyelarasan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan selepas ada PBT yang tidak melaksanakannya sejak bertahun-tahun lamanya.

“Saya sudah keluarkan arahan semua PBT untuk jadikan tahun 2020 sebagai tahun penyelarasan penilaian. Maknanya mereka (PBT) kena selaraskan pada tahun 2020 naikkan sikit ke apa untuk penyelarasan dan lepas itu setiap lima tahun kena ikut (naik).



Mengulas mengenai perkara tersebut Zuraida berkata, langkah pihaknya menaikkan cukai berkenaan adalah disebabkan ia tidak dinaikkan oleh ahli politik sebelum ini ekoran bimbang berdepan risiko ketika menjelang pilihan raya.

“Sebenarnya macam ini, kenaikan kadar cukai ini disebabkan ahli politik ini dia takut nak masuk pilihan raya (kesan kepada kenaikan akan mengundang masalah). Jadi, dia takut tu sebab tak naik sampai bertahun-tahun hingga 30 tahun.

“Saya nak hentikan budaya macam ini, pasal kalau kita tak buat dengan baik PBT susah nak menguruskan. Kalau PBT tiada duit kerajaan negeri tak kasi dia duit, nak cari duit kat mana? Dia punya pendapatan daripada cukai tu,” ujarnya.

Namun, Menteri kata kenaikan ini tidak akan membebankan Rakyat.