Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pihak pendakwaan demam semasa soal jawab Najib, minta perbicaraan ditangguh



Pemeriksaan balas pendakwaan dalam kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak memasuki hari keempat.

Timbalan pendakwa raya (DPP) V Sithambaram menyambung semula pemeriksaan balasnya terhadap Najib, yang juga bekas menteri kewangan, pada hari ke-65 perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada jam 9.30 pagi ini.

9.37 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak masuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam.

9.50 pagi: Najib Razak masuk kandang saksi. Prosiding bermula.




Perbicaraan hari ini hanya berkisar mengenai isu tandatangan Najib dan juga baki dalam akaun beliau. Sithambaram dan Najib dilihat bertikam lidah semasa sesi soal jawab.

Tidak puas hati, Sithambaram mencadangkan kepada DS Najib Razak bahawa beliau mengetahui jumlah wang didalam akaunnya ketika beliau mengeluarkan/menulis semua cek.

Najib menyatakan beliau tidak mengetahui jumlah sebenar didalam akaunnya tetapi mengetahui ianya mencukupi untuk tujuan CSR kerana jika ia tidak mencukupi sudah pasti ia dimaklumkan oleh pegawai yang bertanggungjawab menjaga akaunnya, Nik Faisal atau pihak Ambank.

Najib turut menegaskan ia diluar pengetahuan beliau jika duit RM42 juta yang dikatakan dari SRC berada didalam akaunnya.

Najib mendakwa beliau dapat merasakan mempunyai wang yang cukup dalam akaun AmBank sebelum mengeluarkan cek bernilai berjuta ringgit.




Sithambaram: Ketika di PMO (Pejabat Perdana Menteri), anda semak (dengan bekas ketua setiausaha sulit Azlin Alias), di rumah anda, dengan siapa anda semak?

Najib: Saya dapat rasa ada wang yang cukup di bank.

Najib menegaskan bahawa dia mempunyai wang yang cukup dalam akaun bank seperti di akaun berakhir 880, 898 dan 906 dan dia tidak pernah mengetahui baki sebenar dalam akaun kecuali jika dimaklumkan oleh Azlin.

Pada jam 11 pagi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan awal hari ini.

Ia susulan permohonan oleh Sithambaram, yang memberitahu hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa dia demam.




Peguambela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah tidak menimbulkan bantahan terhadap permohonan Sithambaram.

Hadirin mahkamah ketawa ketika Nazlan bertanya sama ada Sithambaram tidak sihat kerana gangguan berterusan dari peguam Najib, Harvinderjit Singh.

Hakim kemudian menetapkan perbicaraan untuk menyambung semula pada 6 Jan tahun depan.

Hakim turut mengingatkan bekas perdana menteri itu bahawa beliau masih di bawah sumpah dan tidak boleh membincangkan kes itu dengan sesiapa sahaja dalam tempoh interim.

Prosiding ditangguhkan.

-Tun Carlos