Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Prestasi terburuk dividen ASB, Tok Mat pula bersuara.



Umum sudah tahu yang dividen ASB masing-masing pada tahun ini adalah 5.5% sahaja. Perkara ini nampaknya telah dipandang serius oleh seorang ahli politik yang amat dihormati yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Menurut Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Mat, beliau telah mendedahkan bahawa kejatuhan dividen ASB ini adalah disebabkan kegagalan dalam mentadbir dan mengurus ekonomi negara.

"Pagi tadi Pengerusi Permodalan Nasional Berhad yang juga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah mengumumkan agihan pendapatan dividen dan bonus ASB bagi tahun ini.

"Dividen dan bonus ASB pada tahun ini hanyalah 5.5 peratus iaitu yang paling rendah dalam sejarah, sejak ASB ditubuhkan pada 1990.



"Sejak tahun 1990, kadar purata dividen dan bonus ASB adalah 10.06 peratus.



"Pada tahun 1997-1999, walaupun negara menghadapi krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah, dividen dan bonus ASB adalah melebihi 10 peratus iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada tahun ini.

"Pada tahun 2008-2009, ketika ekonomi dunia tidak menentu akibat krisis ekonomi sub-prima di Amerika Syarikat yang memberi kesan buruk di seluruh dunia, dividen dan bonus ASB masih kekal tinggi di atas 8 peratus.

"Agihan pendapatan ASB yang rendah tahun ini jelas membukti keadaan ekonomi negara yang dah amat teruk. Pelabur dan pakar-pakar ekonomi mengatakan bahawa ekonomi negara sedang dan telah merudum.

"Keadaan ini mungkin akan menjadi lebih teruk berbanding krisis ekonomi pada tahun 1997-1999 dan 2008-2009 dahulu.



"Seramai lebih 10 juta pemegang saham ASB terlibat dan terkesan dengan agihan rendah pendapatan dividen dan bonus ASB yang rendah ini.

"Pengerusi PNB menyatakan bahawa ketidaktentuan keadaan ekonomi dunia dan kejatuhan pasaran saham tempatan adalah punca agihan pendapatan ASB yang rendah ini.

"Apa yang beliau tidak beritahu kepada umum ialah, kejatuhan ekonomi negara dan prestasi pasaran saham yang buruk ini adalah disebabkan oleh kegagalan kerajaan PH dalam mentadbir dan mengurus ekonomi negara.



"Gagal kerana ketidakcekapan menteri-menteri nya, serta ketidakstabilan politik negara kerana perebutan kuasa dalam kerajaan.

"Malaysia, negara kita, sedang menghadapi krisis keyakinan masyarakat kewangan antarabangsa.

"Kerajaan PH seharusnya mesti fokus dalam menangani masalah ekonomi negara yang teruk ini, demi untuk kesejahteraan rakyat dan bukan hanya galak berebut kuasa, sehingga tanggungjawab kepada rakyat terus terabai."ujar Tok Mat di Facebook.

Sumber: terus ke posting Tok Mat

-Tun Carlos