Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rahmatan Lil-Alamin, jangan main-main dengan konsep ini !




Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, menyifatkan bahawa konsep Rahmatan Lil Alamin yang menjadi dasar kepada kerajaan - dan diperkenalkan oleh parti itu - menjadi "nyawa" kepada pertubuhan berkenaan.

“Ingat benar-benar bahawa Rahmatan Lil Alamin adalah nyawa Parti Amanah Negara dan jangan main-main konsep ini.




"Ia mesti mampu kita terjemahkan dalam diri kita, parti kita dan kerajaan kita bersama,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan di Pusat Konvenysen Darul Ehsan (IDCC), Shah Alam, sempena Konvensyen AMANAH pada hari ini.

Ia asalnya menjadi dasar kepada perjuangan Amanah sebelum parti itu membentuk kerajaan sebagai gabungan PH.




Ungkapan Rahmatan Lil Alamin bermaksud rahmat untuk seluruh alam. Ia ada disebut di dalam al-Quran melalui ayat ke-107, Surah al-Anbiya.

Bagaimanapun slogan dan konsep tersebut terus menjadi bahan persendaan rakyat dan netizen kerana konsep tersebut telah disalahgunakan Kerajaan PH untuk mejadi lebih liberal.




Apapun jelas Salahuddin, Amanah harus memastikan konsep itu kekal hidup, bukannya berkubur seperti beberapa slogan Islam yang lain sebelum ini.

Konvensyen Amanah kali ini berlangsung sejak Jumaat lalu, dihadiri oleh penyokong dan juga perwakilan parti bagi berbahas dalam pelbagai isu.