Selepas Haniff Khatri ambil kes cabul Yusoff, Anwar sedia disiasat Polis
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk memberi keterangan kepada polis berkaitan dakwaan mencabul Muhammed Yusoff Rawther setelah viral bila peguam Haniff Khatri yang juga peguam Tun Dr Mahathir mewakili Yusoff.
Beliau dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, pihaknya sedia beri keterangan pada kadar segera untuk bantu siasatan.
“Merujuk kepada dakwaan fitnah terbaru, saya berterima kasih kepada pihak polis kerana menyegerakan siasatan mereka.
“Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan,” katanya.
Pada 5 Disember lalu, Anwar telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengarahkan peguamnya Ram Karpal SIngh untuk menghantar surat tuntutan kepada Yusoff selepas sehari Yusoff membuat kenyataan media mendedahkan pengakuan bersumpah yang dia dicabul.
Beberapa hari selepas itu, Yusoff telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul. Paling mengejutkan Yusoff ditemani oleh peguam Haniff Khatri yang juga dikatakan peguam Tun Dr Mahathir.
Berikutan itu, Polis telah memutuskan akan memanggil Anwar untuk memberi keterangan berkaitan dakwaan Muhammed Yusoff.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed turut mengesahkan akan memanggil beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan pada tarikh yang sesuai. -Tun Carlos