Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seorang penjual karpet mendakwa Altantuya mengandung anak Najib!



Oleh kerana akuan bersumpah (SD) Azilah yang menuduh Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu mengandungi terlalu banyak keraguan dan menjadi bahan tawa netizen dan rakyat, kini media-media propaganda Kerajaan PH mula mencari watak baru untuk memburukkan Najib.

Apa yang menarik, kali ini mereka terpaksa mengambil cerita dari seorang penjual karpet iaitu Deepak Jaikishan. Deepak mendakwa dia adalah kawan baik kepada pasangan Najib dan Rosmah.

Menurut Deepak, Azilah Hadri bukanlah orang pertama yang membuat pendedahan mengenai bekas perdana menteri tersebut selepas pilihan raya umum yang lalu.

"Dia [Azilah] bukan satu-satunya orang yang telah keluar [untuk mendedahkan isu-isu] selepas Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.



"Ramai pegawai kanan kerajaan telah memberi keterangan di mahkamah mengenai penglibatan Najib dalam rasuah, SRC (International) dan (kes) 1MDB.

"Kami tidak bercakap tentang satu atau dua orang. Ramai yang keluar untuk mendedahkan maklumat... (termasuk bekas ketua audit negara) Ambrin Buang," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.



Tapi hakikatnya, individu-individu yang disebut Deepak tadi mereka kesemuanya terlibat dalam kes menipu DS Najib. Mungkin Deepak tidak mengikuti perbicaraan 1MDB/SRC dengan lebih teliti terutama sekali apabila individu-individu tersebut teruk disoal siasat oleh peguam DS Najib iaitu Tan Sri Shafee.

Paling kelakar bila Deepak juga mendakwa bahawa Sirul melarikan diri ke Australia. Tapi yang sebenarnyaa Sirul dan Azilah telah dibebaskan oleh Mahkamah pada tahun 2013 dan dia bebas untuk ke luar negara pada masa itu.



"Sirul agak lebih bijak, dia lari ke Australia kerana dia tahu Australia mempunyai undang-undang tertentu terhadap hukuman mati tetapi dalam kes Azilah, dia tidak fikir begitu jauh." kata Deepak.

Deepak juga membuat tuduhan terbaru bahawa Najib mengarahkan pembunuhan tersebut kerana Altantuya sedang mengandung anaknya (Najib).

Ditanya bagaimana dia tahu mengenai perkara ini, penjual karpet itu berkata Rosmah yang memaklumkan kepadanya.



Deepak juga mendakwa bahawa Sirul tidak boleh dipercayai. Ini mungkin kerana Sirul pernah bersumpah atas nama Allah bahawa Najib langsung tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.

Ditanya mengapa tuduhan Azilah perlu dipercayai manakala Sirul pula tidak boleh dipercayai, penjual karpet itu menegaskan bahawa Najib mengarahkan pembunuhan tersebut kerana Altantuya sedang hamil.



Mengenai sumpah laknat yang telah dibuat Najib pada Jumaat, Deepak mengatakan ia sekadar cubaan untuk manipulasi.

Apa pendapat anda mengenai kenyataan penjual karpet ini?

-Tun Carlos