Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Setelah Malaysia gagal di Sukan SEA, kebetulan Syed Saddiq terkena apendiks



Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ataupun ibarat sudah tercekik air pula tiada, apabila kontinjen negara diberitakan gagal memenuhi sasaran emas di temasya Sukan SEA 2019, kini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq pula terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit apendiks.

Beliau kini baru sahaja selesai menjalani pembedahan apendiks hari ini. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut di Facebook.
<



"Alhamdulillah pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil.

"Kami memohon agar beliau diberikan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan ini dan tiada pelawat dibenarkan buat seketika waktu," kata kenyataan itu yang tidak menyatakan berapa lama Syed Saddiq akan berehat.

KBS bagaimanapun tidak menyatakan dimana Syed Saddiq menjalani pembedahan dan doktor mana yang melakukan pembedahan tersebut.




Difahamkan, Syed Saddiq terpaksa diterbangkan ke Malaysia dari Filipina malam tadi akibat masalah apendiks. Sekali gus beliau terlepas untuk bersama-sama kontinjen negara menyaksikan secara langsung majlis penutupan rasmi Sukan Sea ke-30 di Philippines Arena, Filipina, malam ini.

Syed Saddiq bagaimanapun terpaksa berdepan hakikat kegagalan kontinjen negara memenuhi sasaran 70 pingat emas apabila sekadar menduduki tempat kelima keseluruhan dengan membawa pulang 56 emas, 57 perak dan 71 gangsa.

Kegagalan pada kali ini adalah pencapaian terburuk negara walaupun Malaysia menghantar atlit yang kedua teramai dalam aksi di temasya Sukan SEA ini.