Setiausaha Agung UMNO sahkan Apandi Ali belum letak jawatan
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan dakwaan mengenai perletakan jawatan Tan Sri Apandi Ali sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO adalah tidak benar.
Menurut kenyataan beliau di twitter, khabar angin bahawa Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Sri Apandi Ali meletakkan jawatan adalah tidak benar.
Semakan mendapati tiada sebarang surat perletakan jawatan dan Tan Sri Apandi sekarang masih berada di luar negara.
Apa-apa kekeliruan berbangkit, jika ada akan diperjelaskan secara kenyataan rasmi.
Annuar Musa juga mengesahkan bahawa beliau sudah menghubungi Apandi Ali yang sedang berada di London secara online.
-Tun Carlos