SRC International: Najib terpaksa ulang jawapan banyak kali kerana Tommy kurang faham
Agak panas sesi perbicaraan kes SRC International pada hari ini. Pihak pendakwaan, Tommy Thomas seolah-olah ingin mewujudkan persepsi kononnya DS Najib Razak adalah perancang untuk salurkan wang RM2 Billion yang dipinjam dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWAP) ke Switzerland.
Tommy juga seolah-olah cuba meletakkan kesalahan kepada Najib walaupun tuduhannya berdasarkan dokumen palsu.
Antaranya, ialah berkenaan wang yg diletakkan di Falcon Private Bank, Switzerland dan Julius Baer Bank, Hong Kong. Najib dari pada mula memberitahu bahawa beliau langsung tidak menandatangani surat untuk meluluskan pemindahan tersebut.
Ada beberapa bukti dimana dokumen dipalsukan bersama tandatangan palsu Najib untuk mempengaruhi keputusan lembaga pengarah SRC mahupun KWAP. Padahal Najib tidak mengarahkan perkara sedemikian.
Di akhir perbicaraan, keadaan menjadi bertambah panas apabila Tommy Thomas cuba mendesak DS Najib supaya mengaku bahawa beliau tidak mengambil apa apa tindakan setelah duit SRC dibekukan bank di Switzerland.
DS menjawab dengan suara yang agak tinggi, “Saya tidak setuju (tidak ambil apa apa tindakan). Saya telah mengarahkan SRC untuk membawa balik wang tersebut (RM 4billion) dan SRC juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan perkara ini.”
Tapi Tommy membantah, “Dato Seri, yang dalam perbicaraan adalah Dato Seri. Bukan SRC. Saya tanya tindakan Dato Seri. Bukan tindakan SRC. SRC ialah syarikat. Saya katakan, Dato Seri tidak ambil apa apa tindakan walaupun tahu duit RM4 bilion (duit 2 jaminan kerajaan) itu lesap.”
DS membalas,“Saya dah kata, saya minta SRC bawa balik wang tersebut. Maksudnya lembaga pengarah SRC lah yang kena ambil tindakan. Saya arahkan mereka. Duit itu tidak hilang. Kalau dibekukan oleh bank, maksudnya duit itu ada. Jadi SRC kena selesaikan dan bawa balik wang tersebut.”
Tapi Tommy seolah-olah mengatakan SRC tak boleh buat apa-apa kerana SRC adalah syarikat. Padahal dari awal Najib menyatakan SRC juga telah melantik peguam untuk bawa balik kesemua wang tersebut.
Berkali-kali Najib menerangkan bahawa tindakan yang diambil oleh beliau adalah menyuruh Lembaga Pengarah SRC bertindak bawa pulang duit tersebut tetapi Tommy tidak juga faham dan mengulang soalan yang sama.
-Tun Carlos