Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Subsidi petrol terpaksa ditangguhkan kerana rakyat belum mempersiapkan diri



Terkini, Mesyuarat jemaah menteri telah memutuskan bahawa pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang sepatutnya bermula pada lusa iaitu pada 1 Januari 2020 akan ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution bin Ismail berkata, pelaksanaan PSP terpaksa ditangguh sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.



“Hal ini bagi memberi ruang untuk sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

“(Ia juga bagi) proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh kementerian kewangan.



“Sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.,” katanya.

Kerajaan pada 7 Oktober lalu mengumumkan pelaksanaan PSP dengan peruntukan RM2.4 bilion dalam Belanjawan 2020 akan dilaksanakan berkuat kuasa bulan depan, selaras manifesto Pakatan Harapan.

-Tun Carlos