SUKAN SEA 2019: Prestasi Malaysia paling teruk dalam sejarah, Najib persoal Syed Saddiq.
DS Najib telah mempersoal Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq kerana pasukan Malaysia gagal raih 70 emas yang disasarkan olehnya sendiri pada Sukan SEA di Filipina.
Najib juga turut mempersoal Saddiq mengenai lantikan Exco-exco pemuda BERSATU (ARMADA) dalam setiap jawatan penyelaras sukan setiap negeri.
Berikut adalah posting Najib di Facebook beliau:
Prestasi Malaysia yang mengecewakan di Sukan SEA tahun ini sedang disoal oleh orang ramai. Segala sasaran yang dibuat Menteri telah gagal dicapai walaupun Malaysia menghantar rombongan yang cukup besar ke Filipina tahun ini dengan 773 peserta untuk bertanding dalam 52 acara.
Menteri sasar 70 pingat emas, 51 perak dan 105 gangsa serta kedudukan ke-empat. Yang kita datap ialah 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa dan tempat ke-5.
(Dalam acara eSports kesayangan Menteri, kita cuma dapat 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa dari 6 acara.)
Lebih membimbangkan ialah kita nyaris-nyaris kalah kepada Singapura yang mencapai 53 pingat emas. Ini dilihat sebagai prestasi paling teruk Malaysia dalam sejarah sukan SEA memandangkan sasaran serta jumlah perserta yang dihantar dan jumlah acara yang kita tanding.
Sebagai bandingan:
Sukan SEA Filipina 2019 (sasaran 70 pingat emas)
- 773 peserta bertanding dalam 52 acara.
- 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa
Sukan SEA KL 2017 (sasaran 111 pingat emas)
- 844 peserta bertanding dalam 38 acara.
- 145 emas, 91 perak dan 86 gangsa
Sukan SEA Singapura 2015 (sasaran 50 emas)
- 641 peserta bertanding dalam 35 acara.
- 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa
Sukan SEA Myanmar 2013
- 556 peserta bertanding dalam 29 acara.
- 43 emas, 38 perak dan 79 gangsa
Sukan SEA Jakarta 2011
- 608 peserta bertanding dalam 31 acara.
- 58 emas, 50 perak dan 81 gangsa
Sukan SEA Laos 2009
- 348 peserta bertanding dalam 21 acara.
- 40 emas, 40 perak dan 59 gangsa
Apa komen Syed Saddiq serta semua penyelaras sukan negeri yang kebanyakannya merupakan lantikan politik dari EXCO Armada PPBM?