SUMPAH LAKNAT: Najib lebih berani dari Anwar
Hari ini bekas Perdana Menteri DS Najib membuat kejutan bahawa beliau akan melakukan "sumpah laknat" di Masjid jamek Kg. Baru pada Jumaat ini berikutan tersebarnya surat Akuan Bersumpah seorang banduan akhir iaitu Azilah yang mendakwa beliau terlibat mengarahkan pembunuhan Altantuya.
Akuan bersumpah Azilah itu menjadi viral dan mendapat kecaman netizen kerana ia amat berbeza dari keterangan mahkamah pada perbicaraan yang lalu. Ada juga dakwaan ada VVIP yang terlibat di belakang akuan bersumpah tersebut.
"Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri."
"Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini. Sekian, terima kasih." kata Najib di Facebook beliau.
Tujuan melakukan sumpah laknat adalah atas dasar untuk menyucikan tohmahan dan fitnah ke atas dirinya. Jika DS Najib tidak berbuat demikian, rakyat akan terus berada dalam keraguan tentang kredibiliti dan maruah beliau.
Tindakan ini sungguh berani kerana sebelum ini seperti kes berprofil tinggi dimana Anwar Ibrahim yang dituduh Saiful Bukhari meliwatnya tidak berani untuk melakukan sumpah laknat walaupun beliau menafikan meliwat Saiful.
Saiful Bukhari telah melakukan sumpah laknat di depan Kaabah, tapi Anwar tidak melakukannya dan memberi pelbagai alasan walaupun perkara itu bukannya perkara yang amat susah untuk dilakukan jika beliau di pihak yang benar.
Hanya perlu ke masjid, pegang Al-quran dan bersumpah saja.
-Tun Carlos