Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq saran Dong Zong batalkan kongres bantah Jawi



Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyarankan pertubuhan pendidikan Cina itu agar tidak meneruskan hasrat melangsungkan kongres bagi membantah pembelajaran tulisan Jawi pada 28 Dis ini.

Menurut Saddiq, Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, harus menghormati keputusan kabinet mengekalkan kebenaran pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk di sekolah-sekolah vernakular.

"Saya rasa perkara ini kita sudah cari jalan kompromi, jalan tengah, kerana ia sudah dibincangkan begitu panjang dalam kabinet, dan kita sudah capai kata sepakat atau konsensus.



"Paling penting kita kena memandang ke depan kerana ada empat isu utama yang rakyat Malaysia mahukan, membabitkan ekonomi, kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan. Tolonglah fokus empat perkara ini kerana ia paling mustahak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan sidang kemuncak e-Usahawan Hero Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Facebook Malaysia di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed memberi amaran mengenai akibat sekiranya kumpulan itu meneruskan kongres yang dirancang kerana ia mungkin mengakibatkan kaum Melayu juga menganjurkan kongres bagi membincangkan usaha menutup sekolah-sekolah vernakular Cina.



Perdana Menteri turut menasihatkan setiap pihak bertimbang rasa terhadap sentimen pihak lain.

BACAPertubuhan Cina tidak peduli amaran Tun Mahathir

Tetapi Pengerusi Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai King pula mengesahkan bahawa kongres itu akan diteruskan walaupun Perdana Menteri telah memberi amaran.

sumber: MalaysiaKini