DS Najib telah memuatnaik status di Facebook beliau mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan iaitu ahli politik tidak dibenarkan untuk menerima jawatan dalam mana-mana persatuan sukan.
Kenyataan Syed Saddiq itu telah dibuat pada Oktober tahun 2018 kepada wartawan dan rakyat Malaysia ketika baru beberapa bulan Saddiq dilantik ke dalam Kabinet oleh Tun Mahathir.
Tetapi hari ini, semua janji yang telah dibuat oleh Saddiq telah dicapatikannya sendiri. DS Najib telah mendedahkan beberapa ahli politik telah pun dilantik di dalam persatuan sukan senyap-senyap dan ini amat memeranjatkan beliau dan juga netizen.
Status tersebut telah mendapat lebih dari 6ribu sukaan dalam masa 45 minit.
Berikut adalah status DS Najib di Facebook beliau:
Dulu PH asyik ratib slogan "keep politics out of sports".
Syed Saddiq kata ahli politik terutama daripada pihak kerajaan tidak boleh menerima jawatan presiden bagi mana-mana persatuan sukan.
Katanya lantikan politik dalam satu persatuan sukan sebenarnya memberikan implikasi besar kepada industri sukan tersebut. Kita nak pastikan landskap sukan ini digerakkan pencinta sukan.
Ini katanya berlaku situasi di mana apabila ahli politik menjadi pengerusi bagi persatuan sukan akan menyalah guna kepentingan mereka untuk meminta peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Eh. Sembang je lebih..
Satu persatu ahli-ahli politik PH menjadi presiden persatuan bola sepak negeri masing-masing:
Presiden Kedah FC: Mukhriz Mahathir (PPBM)
Presiden Perak FA: Ahmad Faizal Azumu (PPBM)
Presiden Kuala Lumpur FC: Khalid Samad (Amanah)
Presiden Kelantan FA: Wan Abd Rahim (Amanah)
Penasihat Kelantan FA: Mat Sabu (Amanah)
Presiden Penang FA: Amar Pritpal Abdullah (PKR)
Mantan Presiden Melaka FC: Adly Zahari (Amanah)
Presiden Melaka FC: Damian Yeo Shen Li (DAP)
Presiden Sabah FA: Peter Anthony (Warisan)
Cakap tak serupa bikin.
Janji "EPL Free!" pun sudah entah ke mana.