Tak setuju elaun kritikal staff kerajaan dipotong, Syed Saddiq gesa kurangkan gaji Menteri
Pada tengah malam tadi, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah memuat naik satu video dirinya untuk membantah pemotongan elaun kritikal staff kerajaan yang tular semalam. Beliau juga turut menggesa semua Menteri dikurangkan gaji.
"Saya tidak bersetuju dengan pemotongan elaun kritikal nurse muda kita. kita sepatutnya mengkaji semula segala elaun yang diberikan kepada ahli politik dan juga Menteri seperti saya"
"Mereka semua mempunyai bebanan kerja yang terlebih tetapi dibayar dengan gaji yang tidak mencukupi."
"Saya tahu perkara ini kerana saya menjalani pembedahan apendik di hospital kerajaan dan mereka memberi rawatan yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia."
"Sebab itu saya tidak bersetuju dengan pekeliling baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang membawa kesan kepada banyak anak muda dalam sektor kerajaan."
"Sebagai permulaan, saya akan memotong pendek cuti tahunan saya dan akan memulangkan setiap sen duit elaun cuti."
"Saya sudah mengurangkan gaji saya sebanyak 10% dan saya akan pastikan Menteri yang lain akan mengurangkan gaji mereka sehingga masalah ini selesai" ujar Syed Saddiq
-Tun Carlos