Ucapan penuh DS Najib Razak:
Sedikit masa lagi iaitu dalam beberapa jam sahaja, kita akan menutup tirai 2019 dan melangkah masuk ke tahun 2020.
Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Jika tahun lepas iaitu 2018 seramai 24,000 orang diberhentikan kerja, tahun ini pula setakat data terkini yang disediakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri hampir 38,000 orang telah kehilangan kerja mereka.
Di sektor pembuatan, sektor pembinaan, sektor kewangan malah syarikat multinasional di Malaysia seperti British American Tobacco telah mengumumkan bahawa sehingga 40% pekerja mereka dibuang.
Yang terkini pula di industri media di mana ribuan telah kehilangan pekerjaan mereka.
Yang saya sebut ini hanyalah pekerja tetap. Belum lagi ditambah laporan berita lain dimana 45,000 pekerja pembersihan sekolah hilang kerja. 50,000 pengawal keselamatan hilang kerja.
Malah kakitangan kontrak sektor awam yaang telah berkhidmad belasan mahupun puluhan tahun ramai tidak disambung perkhidmatan mereka.
Kebanyakkan mereka ini pula adalah pekerja kontrak dari golongan B40. Lebih membimbangkan sehingga hari ini 520,000 orang masih menganggur tiada kerja.
Soalan di bibir orang ramai ialah dimana kerajaan pada masa kita memerlukannya? Mengapa?
Apa yang telah berlaku pada Malaysia?
Tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan ekonomi oleh PH sangat lemah sehingga ia menjejaskan kehidupan dan pendapatan rakyat.
Jika ekonomi urus dengan baik dan berkembang, majikan-majikan sudah tentu akan ada pendapatan perniagaan yang mencukupi. Lebih banyak syarikat-syarikat akan lebih sedia melabur. Pandapatan dan pelaburan dalam keadaan positif sedemikian sudah tentu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Dalam keadaan ekonomi yang baik juga sepertimana kita dapat rasai sepanjang masa BN mentadbir, pulangan daripada pelaburan kita amat baik di bawah LTAT, Tabung Haji dan PNB.
Lihatlah dividen yang rakyat dapat di bawah PH. Hibah Tabung Haji 1.25%, LTAT 2%, ASB 5.5% sampaikan ramai pelabur ASB yang marah dan troll PH dengan botol sabun Johnson & Johnson PH 5.5.
Jika tahun lepas mereka kata ini semua salah Najib, Tahun ini mereka ulang lagi, ini semua salah Najib. Sedangkan 600 hari telah berlalu sejak saya bukan lagi Perdana Menteri dan PH membentuk kerajaan.
PH sebenarnya cuba menutup kelemahan mereka. Mereka kitar semula naratif bahawa ini semua salah saya.
Sedangkan pada masa saya dan BN, ekonomi diurus dengan baik dan pulangan pelaburan juga tinggi kepada rakyat. Betul tak betul?
Dan kekayaan negara hak milik rakyat yang saya dan BN bina dahulu tidak ada pula mereka kata kerajaan Malaysia terlalu banyak aset sebab Najib.
Rakyat tahu PH pun tahu, ternyata "shared prosperity" atau "kemakmuran bersama" yang dilaumg oleh PH hari ini sekadar retorik sahaja. Pada hakikatnya kemakmuran bersama benar-benar dinikmati oleh rakyat pada zaman BN.
Kini hampir setiap bulan ada berita mengenai aset negara yang dijual dan dikaikan dengan krono-kroni. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh PH adalah kemakmuran bersama kroni sementara rakyat diabaikan, dihina sebagai pemalas dan miskin oleh PH sendiri.
Jika tahun 2019 adalah tahun yang mencabar, tahun 2020 dijangkan akan lebih teruk lagi.
Pakar ekonomi sudah kata bahawa prospek ekonomi Malaysia pada tahun depan adalah tidak optimistik. Nampaknya pendapatan perniagaan terutamanya aset akan terjejas teruk.
Trend perberhentian kerja juga akan terterusan malah lebih serius berbanding tahun ini.
Susah hati kita memikirkan bagaimana mereka yang hilang nafkah ini nak menyara keluarga. Pakar ekonomi juga telah berkata bahawa inflasi pada tahun 2020 akan melambung naik.
Ini bermakna harga barangan dan perkhidmatan akan jadi lebih mahal berbanding apa yang kira bayar pada masa ini. Ditambah pula beban cukai digital 6% yang diperkenalakan oleh PH.
Beban daripada cukai taksiran seluruh negara yang akan naik. Harga air akan naik
Harga pos akan naik. Caj doktor juga akan naik.
Kemana hilang janji harga petrol RM1.50 sen seliter yang mereka laung-laungkan semasa BN memerintah?.
Habuk pun tak ada.!
Sebaliknya rakyat kenalah bersedia bila harga petrol dikatakan akan naik 1 hingga 2 sen setiap minggu.
Apa ni? Janji tol free sampai sudah tak dilaksanakan. Macam-macam lagi cukai baru pula bakal diperkenalkan. Semuanya membebankan rakyat.
Sudah dapat dibayangkan pada tahun depan kos sara hidup yang membebankan dan menghimpit hidup rakyat.
Janji PH menang rakyat senang sudah bertukar menjadi satu mimpi yang ngeri. Ya, malangnya fokus kerajaan PH hari ini bukan kepada kebajikan rakyat. Siapalah kita berbanding dengan kroni-kroni PH.
Namun saya yakin bahawa rakyat juga sedar. Lihatlah di Cameron Highlands, di Semenyih , diikuti oleh Rantau dan terkini di Tangjung Piai, rakyat membantah politik adu domba yang membawa unsur perpecahan, kotor dan sekadar retorik.
Rakyat mahu janji ditunaikan, bukan janji kosong . Rakyat perlukan ekonomi yang lebih stabil dan baik. Rakyat inginkan kerajaan yang membela nasib rakyat, bukan kroni.
Oleh itu saya menyeru kepada semua ahli parti pembangkang dari akar umbi ke peringkat kepimpinan marilah kita bersama-sama tunjukkan dan yakinkan rakyat bahawa walaupun kita telah menjadi pembangkang, kita berbeza dan kita adalah pembangkang yang lebih berwibawa.
Kita mampu memberi penyelesaian dasar dan halatuju yang lebih baik daripada PH.
Ya benar, ada yang mengeluh pada saya bahawa amat sukar kehidupan setelah menjadi pembangkang. Ditambah pula ada yang ditekan ditindas diganggu oleh kerajaan PH dengan sumber dan kuasa yang mereka ada.
Ya benar, kita dah tidak ada apa-apa lagi hari ini. Kita hanya ada sehelai sepinggang pakaian di tubuh. Tetapi PH kena ingat kita memiliki hati dan semangat yang membara. Kita tetap ada kekuatan yang diberikan oleh rakyat.
Beranikanlah diri. We have nothing to lose. Rakyat mahu kita memnjadi pembangkang yang berkesan dan menjadi suara rakyat yang kian diabaikan oleh kerajaan PH.
Bayangkan jika berjuta ahli dan penyokong pembangkang yang kita ada ini. Setiap orang bersuara di media sosial dan turun padang mendekati rakyat sudah tentu isi hati rakyat akan kedengaran.
Bergegar dan tidak aman Putrajaya.
Bangkitlah wahai rakan rakan seperjuanganku. Bahu-membahu kita berjuang bersama rakyat Malaysia .
Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaaaan sihat dan diberkati, dimurahkan rezeki dan tabah meghadapi segala cabaran yang mendatang.
Selamat tahun baru 2020.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.