Yusoff Rawther tidak berseorangan, ditemani peguam Tun Mahathir
Muhammed Yusoff Rawther, lelaki yang mendakwa Anwar Ibrahim mencabulnya hari ini telah ditemani Encik Mohamed Haniff Khatri Abdulla untuk memberi keterangan di Bukit Aman.
Perkembangan ini berlaku 2 hari selepas Yusoff, 26 tahun, yang pernah berkhidmat sebagai pembantu penyelidik di pejabat Anwar, membuat laporan polis dan melampirkan akuan berkanun memperincikan kejadian yang berlaku pada Oktober tahun lepas.
Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan Yusoff.
Kehadiran Haniff Khatri menemani Yusoff telah menarik perhatian ramai orang kerana Haniff adalah peguam yang selama ini menyokong Tun Dr Mahathir.
Haniff juga telah dilantik Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang baharu pada awal tahun 2019.
Dengan ini adakah bermaksud team Mahathir cuba ambil alih kes dakwaan cabul ini untuk memberi tekanan kenapa polis supaya meyiasat kes ini dengan cepat?
Pihak Tun Mahathir msih belum memberi apa-apa kenyataan mengenai perkembangan terbaru ini
-Tun Carlos