Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zuraida mahu tapak runtuhan Highland Towers dijadikan taman rekreasi



Sesiapa yang lahir pada era 80an mesti tahu mengenai kejadian runtuhan bangunan paling buruk dalam sejarah negara iaitu runtuhan Highland Towers.

Kejadian itu mendapat liputan meluas seluruh dunia sehingga banyak kumpulan penyelamat dari luar negara termasuk Jepun datang untuk memberikan bantuan.

Sehingga ke hari ini, kawasan tersebut dibiarkan terbiar kerana terdapat pelbagai masalah perundangan dan jika dibangunkan pun ia didakwa sebagai kawasan yang paling berpuaka sekali di Malaysia.



Hari ini setelah Malaysia bertukar Kerajaan, MEnteri Zuraida Kamaruddin berkata kerajaan Selangor akan memberi kelulusan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengambil alih tapak Highlands Towers bagi tujuan pembangunan semula, pada 8 Januari.

“Pada Isnin lepas saya jumpa menteri besar (Amirudin Shari) dan menteri besar akan membawa kes Highland Towers pada 8 Jan dalam mesyuarat MTES dan akan diluluskan 8 Januari ini juga,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today hari ini.

Zuraida berkata lagi, kementeriannya kini hanya memerlukan kelulusan Menteri Besar Amirudin Shari bagi memulakan pembangunan semula kawasan itu.

Pada 15 Disember lalu, Amirudin berkata pihaknya ada menerima surat daripada KPKT mengenai isu tersebut pada November lalu.



Bagaimanapun, katanya, ia tidak dapat diselesaikan pada tahun ini kerana kerajaan negeri perlu meneliti beberapa dokumen berkaitan.

Zuraida berkata pada Ogos lalu pihaknya mencadangkan agar kawasan Highland Towers yang terbiar sekian lama dibangunkan semula menjadi taman rekreasi, ekoran struktur tanah yang tidak sesuai untuk pembinaan rumah.

Tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11 Disember 1993 menyaksikan satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dan meragut 48 nyawa. -MalaysiaKini