Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

106 mati, 4565 kes positif, amaran koronavirus kini berjangkit melalui sentuhan fizikal



HUBEI: Angka kematian daripada wabak koronavirus nCoV di China telah meningkat secara drastik kepada 106 orang dan sebanyak 1771 kes positif terbaru telah dilaporkan pada hari Selasa hanya di Wuhan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes baru seluruh dunia adalah sebanyak 4565 setakat sekarang. Kebanyakkan mangsa yang mati adalah daripada wilayah Hubei dan seorang dilaporkan di Shanghai.





Setelah kes meningkat secara mendadak sejak semalam, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) memberi amaran bahawa virus itu kini boleh berjangkit hanya melalui sentuhan fizikal.

Tempoh kuarantin untuk virus baru ini adalah lebih kurang 3 ke 7 hari, tidak lebih dari 14 hari. Menurut NHC seperti yang dipetik akhbar South China Morning Post, virus Koronavirus nCoV ini adalah 85% sama dengan virus SARS.




Bekalan perubatan tidak mencukupi di Hubei

Bercakap kepada wartawan semalam, Timbalan Pengarah NHC, Jiao Yahui menyatakan bahawa mereka kini sedang kekurangan bekalan ubat dan juga kelengkapan perubatan. Masalah ini adalah masalah besar mereka sekarang.

Kerajaan China telah mengarahkan 6000 pegawai perubatan dari seluruh negara ke Hubei. Di Wuhan sahaja hanya 10,000 katil telah disediakan bagi menghadapi kemungkinan kenaikan kes terbaru.




Jiao juga berkata walaupun seramai 6000 pegawai perubatan kini berada di Wuhan, sesetengah daripada mereka tidak dapat membantu secara efektif kerana kekurangan pakaian perlindungan.

Perdana Menteri China

Semalam Perdana Menteri China, Li Keqiang telah turun ke Wuhan dan berjanji akan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit. Beliau juga akan mengetuai kumpulan peringkat tertinggi untuk melawan wabak koronavirus ini.

CHECK: Data TERKINI penyebaran virus wuhan seluruh dunia

-Tun Carlos