Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

4682 orang kini positif koronavirus, penyebaran meningkat melalui sentuhan fizikal



Setakat hari ini, jumlah pesakit yang disahkan positif koronavirus telah meningkat sebanyak keseluruhan 4682 orang setakat hari ini di seluruh dunia.

Pagi tadi baru saja dilaporkan 4565 orang, bermakna 117 orang sudah dijangkiti virus ini dan kebanyakkannya di Wuhan dan beberapa lagi di negara lain.




Laporan penilaian risiko berdasarkan analisis daripada 2,744 jangkitan yang direkod sehingga Ahad oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Cina, yang dikeluarkan pada hari Isnin, berkata laluan utama penyebaran virus adalah daripada titisan dari pernafasan dan sentuhan fizikal yang rapat seperti ciuman, pelukan dan sentuhan.

"Virus ini sangat senang berjangkit, dengan jumlah pembiakan [bilangan purata kes setiap kes dihasilkan semasa tempoh berjangkit] antara dua dan tiga. Masih belum ada bukti bahawa penyakit itu berjangkit semasa tempoh inkubasi (kuarantin), " kata laporan itu sambil menambah bahawa tempoh inkubasi adalah antara satu hingga 14 hari.




Jumlah terkini jangkitan terbaru dan kematian setakat 28 Januari 2020

Mereka menjangkakan bilangan jangkitan di Wuhan dan bahagian lain di wilayah Hubei akan terus meningkat kerana penyebaran wabak melalui masyarakat di sana.

Nisbah antara lelaki dan wanita untuk pesakit yang dijangkiti adalah 1.16 : 1, dan hanya 0.6 peratus orang yang dijangkiti di bawah umur 15 tahun.

Mengikut laporan, 16.8% pesakit telah mengalami radang paru-paru yang teruk, dan menganggarkan kadar kematian adalah kurang daripada 3%.




Pada sidang akhbar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) pada hari Selasa, ketua pakar di unit penyakit berjangkit Beijing Ditan Hospital, mengatakan bahawa pesakit dengan kes-kes ringan memerlukan kira-kira seminggu untuk sembuh, manakala mereka yang mempunyai gejala yang lebih serius diperlukan dua minggu atau lebih lama.

Sesetengah pesakit tidak menunjukkan simptom pneumonia dan hanya demam ringan atau batuk, manakala yang lain mengalami kesukaran bernafas atau kegagalan pernafasan.

CHECK: Data TERKINI penyebaran virus wuhan seluruh dunia

sumber: South China Morning Post