Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

5 juta orang terlepas keluar dari Wuhan sebelum arahan pengurungan -Datuk Bandar



CHINA: Pihak kerajaan negara tersebut menyatakan bahawa untuk melawan virus tersebut menjadi bertambah sukar kerana ketibaan perayaan Tahun Baru Cina.

Mengikut pengakuan terbaru Datuk Bandar Wuhan Zhou Xianwang seperti yang dipetik oleh akhbar SouthChina Morning Post, seramai 5 juta orang dari Wuhan telah keluar dari wilayah tersebut sebelum arahan penutupan dan kebimbangan wabak ini tersebar lebih luas adalah amat tinggi.

Menurut Zhou, kira-kira 9 juta orang telah "dikurung" di Wuhan.





Li Keqiang baru sahaja tiba di Wuhan untuk mesyuarat bersama Doktor dan pegawai kesihatan 
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan mengetuai kumpulan peringkat tertinggi untuk melawan wabak koronavirus yang telah membunuh 80 orang dan dijangkiti lebih daripada 2,500 yang lain.

Beliau dilaporkan baru sahaja sampai di daerah Wuhan hari ini bagi mendengar taklimat dan berbincang dengan kesemua pegawai kesihatan di sana.




Menurut akhbar SouthChina Morning Post, pegawai kesihatan di Hubei juga mengatakan keupayaan virus untuk tersebar semakin kuat.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China hari ini berkata bahawa 2,744 orang setakat ini telah dijangkiti dan 80 orang telah terbunuh. Terdapat 769 kes baru pada hari Ahad, berbanding dengan 688 yang direkodkan sehari sebelumnya.

BACA: kehidupan seorang guru di Wuhan ketika arahan pengurungan (video)

-Tun Carlos